Background Image
Previous Page  37 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 37 / 130 Next Page
Page Background

(a) Pembayaran Pencen

JPA bertanggungjawab terhadap kebajikan dan

kesejahteraan pesara Kerajaan. Pada tahun 2014,

jumlahpesaraadalahseramai 29,724. Dengan jumlah

ini, Kerajaan menanggung implikasi kewangan

sebanyak RM70.3 juta. Isu yang berbangkit adalah

aduan mengenai tempoh pembayararan faedah

persaraan yang mengambil masa yang lama.

Bagi tahun 2013, JPA telah memproses persaraan

bagi 18,450 pegawai dengan implikasi kewangan

sebanyak RM40 juta. Bermula April 2014, JPA telah

melaksanakan PPK kepada proses kerja sedia ada

bagi mempercepatkan tempoh pengurusan pencen.

Dalam hubungan ini, proses kerja bagi urusan

bayaran faedah persaraan telah berjaya dikurangkan

dari 30 hari kepada 14 hari. Selain itu, jika dulu, waris

perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti

sijil kematian, sijil nikah dan sijil kelahiran anak bagi

tujuan tuntutan pencen terbitan penjawat awam

yang meninggal dunia selepas persaraan. Namun

kini, waris hanya perlu mengemukakan sijil kematian

sahaja bagi membolehkan permohonan tersebut

diproses.

Teras Strategik 2 berfokuskan kepada merekayasa

organisasi yang merujuk kepada aktiviti/usaha/tindakan

penambahbaikan yang dilakukan dalam organisasi

untuk meningkatkan kecekapan, keupayaan dan

keberkesanan bagi mencapai matlamat organisasi.

Elemen-elemen dalaman organisasi yang dimaksudkan

termasuklah struktur yang menjelaskan bentuk

hubungan antara unit/bahagian dan individu dalam

organisasi; proses kerja yang menjelaskan bagaimana

sesuatu kerja dilaksanakan; sumber manusia yang

menjelaskan mengenai pekerja; dan penggunaan

teknologi. Merekayasamelibatkan proses penganalisaan

dan semakan semula ke atas elemen-elemen berkenaan

dengan melihat kepada kekuatan dan kelemahan, dan

kemudiannya membuat perancangan baharu yang

sesuai bagi mencapai matlamat organisasi.

Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif transformasi

Teras Strategik 2 memfokuskan kepada meningkatkan

keupayaan dan memberi nafas baharu kepada

organisasi untuk mencapai keberhasilan strategik iaitu

mewujudkan organisasi yang dinamik, kejat, terbuka,

tangkas dan berkeupayaan tinggi.

PEREKAYASAAN PROSES DAN

PROSEDUR KERJA

Transformasi yang dilaksanakan dalam Perkhidmatan

Awam menyaksikan pelbagai perubahan yang positif

menerusi penambahbaikan proses kerja (PPK).

Ini sejajar dengan hasrat untuk menyampaikan

perkhidmatan dengan lebih cepat dan tepat serta dalam

masa yang sama memenuhi ekspektasi pelanggan.

Beberapa perkhidmatan teras JPA telah diberi nafas

baharu melalui PPK. Penambahbaikan ini telah

membolehkan JPA meningkatkan mutu perkhidmatan

walaupun menghadapi pertambahan beban tugas dan

pengurangan sebanyak 12.4 peratus warga JPA (2,848

pegawai berbanding3,251pegawai sebelumpelaksanaan

transformasi). Antara proses kerja yang terlibat dalam

PPK ialah seperti berikut: