Background Image
Previous Page  39 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 39 / 130 Next Page
Page Background

AKADEMI INOVASI WANITA (MYWIN)

MyWIN diwujudkan bagi membangunkan kepimpinan

dan keusahawanan wanita berlandaskan inovasi.

Selaras dengan pengiktirafan terhadap peranan penting

wanita dalam pembangunan negara, kerajaan telah

menetapkan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus

penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan

dan memenuhi jawatan kanan. Penglibatan aktif

golongan wanita sebagai usahawan dilihat dapat

menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK) yang akan menentukan kejayaan

pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020.

Sehubungan itu, kepimpinan golongan wanita perlu

dibangun dan diperkasakan serta bilangan pemimpin

wanita perlu dipertingkatkan supaya mereka dapat

berganding bahu dalam memberi sumbangan kepada

kemakmuran negara. Berkuatkuasa mulai 16 Februari

2014, sebuah pasukan interim telah ditubuhkan bagi

merealisasikanpenubuhanMyWIN.Kejayaanpenubuhan

MyWIN ini diharapkan dapat meningkatkan penglibatan

wanita dalam bidang kepimpinan dan keusahawanan

berasaskan inovasi.

STRATEGI RASIONALISASI

PERKHIDMATAN AWAM

Dokumen Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (2016-

2020) merupakan dokumen Rancangan Malaysia yang

terakhir sebelumMalaysia mencapai status negara maju

berpendapatan tinggi. JPA telahdipertanggungjawabkan

untukmenyediakanKertasStrategi bagiKumpulanFokus

4 iaitu Rasionalisasi Perkhidmatan Awam. Ia merupakan

salah satu tajuk di bawah Bab 9 dokumen Rancangan

Malaysia

Ke-Sebelas

iaitu

Mentransformasikan

Perkhidmatan Awam ke arah Produktiviti.

Penyediaan Kertas Strategi Rasionalisasi Perkhidmatan

Awam telah bermula pada bulan Februari 2014 melalui

penubuhan satu Kumpulan Kerja Teknikal yang

dianggotai oleh Bahagian-bahagian di JPA dan beberapa

Kementerian yang mewakili sektor sosial, keselamatan,

ekonomi dan pentadbiran. Seterusnya, bagi menyelaras

dan mendapatkan input secara langsung dari

Kementerian-kementerian, satu bengkel Penyediaan

Dokumen RMKe-11 telah diadakan dari 7 hingga 10 Mei

2014. Hasil dari bengkel tersebut:

MyWIN

diwujudkan bagi membangunkan kepimpinan

dan keusahawanan wanita berlandaskan inovasi

Draf Kertas Strategi tersebut telah dibentangkan kepada

Pengarah-pengarah Bahagian di JPA mulai dari 25 Ogos

hingga 12 September 2014. Berdasarkan kepada ulasan

dan pandangan yang telah diberikan, cadangan Kertas

Strategi yang baru telah dikemukakan kepada pihak

EPU pada akhir bulan Oktober 2014. Cadangan yang

dikemukakan tersebut menetapkan empat hala tuju

strategik bagi RMKe-11 iaitu:

PENGGUBALAN DASAR

PEMBANGUNAN ORGANISASI SEKTOR

AWAM

Satu garis panduan untuk kegunaan agensi awam

dalam aspek pembangunan organisasi. Inisiatif Kajian

Penambahbaikan Skim Perkhidmatan dilaksanakan

39

TERAS STRATEGIK 2

MEREKAYASA ORGANISASI