Background Image
Previous Page  29 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 29 / 130 Next Page
Page Background

Program Pembangunan Kepimpinan berasaskan aktiviti

luaruntukProgramKepimpinandanPengurusanTertinggi

telahdilaksanakandengan jayanya. ILEAD-PARKmenjadi

inisiatif strategik Kerajaan dalam melahirkan pemimpin

yang mempunyai jati diri dan kompetensi yang tinggi.

BAKAT UNTUK NEGARA

(TALENT-4-

NATION)

Pembangunan bakat dalam Perkhidmatan Awam adalah

kritikal. Bakat yang terbaik dan dilengkapi dengan

kompetensiyangsesuaiakanmemberikanperkhidmatan

yang efisyen kepada rakyat. Menyedari kepentingan

ini, sebuah inisiatif telah diperkenalkan di bawah Teras

Strategik Pertama KTPA - Mendaya Upaya Bakat iaitu

inisiatif Bakat Untuk Negara. Inisiatif ini merupakan

suatu penyelidikan khas tentang bidang keutamaan

yang diperlukan oleh negara bagi meningkatkan

kompetensi penjawat awam. Keberhasilan inisiatif ini

adalah pembangunan dan pengekalan bakat terbaik

sektor awam bagi memenuhi keperluan masa hadapan

negara.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif-inisiatif

strategik bagi teras ini meliputi keseluruhan kitaran

proses pengurusan sumber manusia.

TAMAN PEMBANGUNAN KEPIMPINAN

INTAN

(INTAN LEADERSHIP

DEVELOPMENT PARK - iLEAD-PARK)

Penubuhan Taman Pembangunan Kepimpinan INTAN

telah melakar sejarah baharu buat Perkhidmatan Awam

negara. Berbeza dengan latihan kepimpinan berasaskan

bilik kuliah, ILEAD-PARK menawarkan anjakan baharu

dalam konsep pembangunan kepimpinan berteraskan

lapangan dan aktiviti berpasukan.

ILEAD-PARK dirasmikan pada 27 Februari 2014 di

INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani,

Kedah. Dengan memfokuskan kepada pembangunan

kompetensi kepimpinan melalui program luaran,

ILEAD Park menawarkan latihan menyeluruh dalam

membangunkan kemahiran kepimpinan berkumpulan

yang diperlukan oleh penjawat awam. Tiga siri Kursus

29

TERAS STRATEGIK 1

MENDAYA UPAYA BAKAT