![Show Menu](styles/mobile-menu.png)
![Page Background](./../common/page-substrates/page0031.jpg)
KAJIAN PERBANDINGAN GAJI
AWAM-SWASTA
Pada tahun 2012 dan 2013, Kerajaan telah meluluskan
penambahbaikan saraan yang melibatkan kenaikan
dan struktur gaji sektor awam. Susulan daripada
penambahbaikan tersebut, Kajian Perbandingan Gaji
Sektor Awam dan Sektor Swasta telah dilaksanakan
dengan membuat perbandingan elemen-elemen
struktur gaji sektor awam dengan amalan saraan sektor
swasta. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji impak
penambahbaikan struktur saraan dan kenaikan gaji.
Kajian ini juga adalah selaras dengan syor Kajian Public
Expenditure Review oleh Bank Dunia yang melaporkan
mengenai ketiadaan analisa pasaran yang sistematik
dalam penetapan saraan.
31
TERAS STRATEGIK 1
MENDAYA UPAYA BAKAT