Table of Contents Table of Contents
Previous Page  26 / 88 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 26 / 88 Next Page
Page Background

POS Malaysia telah melonjak ke satu aras perkhidmatan yang lebih luas dan dinamik untuk mencipta

kepuasan untuk para pelanggannya. Perkhidmatan POS Malaysia kini merangkumi pembayaran bil utiliti

- sama ada di kaunter atau secara atas talian (POS Online); pembayaran kad kredit - secara atas

talian, dan urusan-urusan lain yang berkenaan dengan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta.

Amalan terbaik dari POS Malaysia:

• Pengukuhan Integrasi Teknologi

Seperti Maybank Berhad, POS Malaysia percaya bahawa integrasi teknologi, selain dari pengukuhan

teknologi itu sendiri, adalah penting untuk mencapai mutu perkhidmatan yang tinggi. Pelbagai urusan

dapat dilakukan di pejabat-pejabat pos, termasuklah urusan memperbaharui lesen memandu dan

cukai jalanraya kenderaan.

• Kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk pelbagai perkhidmatan

Selaras dengan pengintegrasian teknologi, POS Malaysia mempunyai hubungan kolaborasi yang

kukuh dengan pelbagai pihak untuk memastikan para pelanggan mendapat perkhidmatan yang

memuaskan, bukan sahaja di kaunter-kaunter, malah secara atas talian.

• Satu Kaunter Pelbagai Perkhidmatan

Kolaborasi dengan pelbagai pihak juga membolehkan POS Malaysia menawarkan pelbagai

perkhidmatan di kaunter-kaunter pejabat pos.

• Petugas Kaunter Serba Boleh

Untuk menyokong pengintegrasian teknologi dan usaha kolaborasi mereka, POS Malaysia sentiasa

melatih petugas-petugasnya agar mereka sentiasa mahir dan kompeten untuk memberikan

perkhidmatan-perkhidmatan yang POS Malaysia tawarkan.

POS Malaysia

24

1Serve

Panduan Pelaksanaan di Sektor Awam