Table of Contents Table of Contents
Previous Page  28 / 88 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 28 / 88 Next Page
Page Background

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah

menjalankan transformasi bukan sahaja secara

penjenamaan semula, tetapi juga dalam

pengukuhan produk mereka.

Amalan terbaik dari Bank Simpanan Nasional:

• Saluran penyampaian yang pelbagai

BSN telah memperkenalkan Mesin Juruwang

Maya yang bertujuan untuk membolehkan

cawangan-cawangannya saling membantu

sewaktu berlakunya kesesakan pelanggan.

Mesin Juruwang Maya membolehkan

pelanggan dilayan menerusi sidang video

dan dengan ini mengurangkan waktu

menunggu dan meningkatkan tahap

kepuasan pelanggan.

• Penjenamaan korporat BSN

Penjenamaan semula BSN merangkumi

penampilan imej korporat yang lebih

bersemangat dan menarik.

Di Akademi Malaysia Airlines Berhad, bakal-

bakal krew kabin dilatih secara intensif untuk

menangani kedua-dua situasi tenang dan

cemas, semasa di atas atau di luar kapal.

Amalan terbaik dari Akademi Malaysia Airlines:

• Pemerkasaan Modal Insan

Untuk mencapai matlamat ini, akademi

tersebut mengadakan perancangan dan

perlaksanaan latihan yang berkesan,

termasuklah penyusunan silibus dan

kurikulum yang menyeluruh yang

merangkumi:

• ketrampilan diri

• pengetahuan produk

• tatatusila

• budaya

• dandanan

• tindakan sewaktu kecemasan

Bank Simpanan

Nasional

Akademi Malaysia

Airlines Berhad

26

1Serve

Panduan Pelaksanaan di Sektor Awam