Table of Contents Table of Contents
Previous Page  25 / 88 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 25 / 88 Next Page
Page Background

Berpegang kepada slogan “Passionately Creating Consistent Customer Delight”, organisasi perbankan

terbesar di Malaysia ini menitikberatkan kecemerlangan sumber manusia dan teknologi bagi mencapai

perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi.

Amalan-amalan terbaik Maybank Berhad:

• Pembangunan Modal Insan

Maybank mementingkan pembangunan modal insan termasuklah dari aspek:

ketrampilan diri

kemahiran berkomunikasi

mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk-produk Maybank

Untuk mencapai matlamat di atas, pegawai yang baru menjawat jawatan di bank tersebut diwajibkan

menghadiri latihan insensif, sementara pegawai-pegawai lain akan menjalani kursus ulang kaji untuk

melahirkan warga kerja yang benar-benar mahir dalam produk-produk bank tersebut.

• Kecemerlangan Operasi

Untuk merealisasikan kecemerlangan operasi, Maybank memastikan modal insannya berkemahiran dan

kompeten, dan juga pemanfaatan ICT menerusi aplikasi-aplikasi elektronik seperti Maybank2U.

• Pengukuran Prestasi

Untuk memastikan tahap kualiti perkhidmatan yang sentiasa tinggi di cawangan-cawangannya, Maybank

Berhad sering mengadakan aktiviti

mystery shoppers

. Di dalam aktiviti ini, pelanggan dan perseorangan

yang dilantik akan menyamar sebagai pelanggan untuk menilai prestasi perkhidmatan pelanggan

mereka. Hasil aktiviti ini bukan sahaja akan dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan, bahkan juga

akan dijadikan elemen dalam penentuan bonus tahunan.

• Pengukuhan Integrasi Teknologi

Maybank Berhad percaya bahawa pemanfaatan teknologi dapat memberikan tahap kepuasan yang

tinggi kepada pelanggan-pelanggannya. Dengan itu, bank tersebut sering meningkatkan infrastruktur

teknologi dan komunikasinya.

Maybank Berhad

APA ITU 1SERVE?

23