Table of Contents Table of Contents
Previous Page  24 / 88 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 24 / 88 Next Page
Page Background

AMALAN-AMALAN

TERBAIK PENGURUSAN

PELANGGAN INDUSTRI

SWASTA

Untuk membentuk amalan-amalan

perkhidmatan pelanggan 1Serve

yang cemerlang, Unit NBOS JPA

telah mengadakan tinjauan dan

menganalisa sistem pengurusan

pelanggan beberapa agensi

swasta yang boleh dijadikan tanda

aras. Amalan-amalan terbaik yang

dilihat di agensi-agensi tersebut

telah disesuaikan dalam konteks

Sektor Awam.

Berikut adalah agensi-agensi swasta yang telah

menjadi contoh kepada pelaksanaan 1Serve.

Samsung, sebagai sebuah syarikat yang

menawarkan teknologi terulung di dunia,

mengutamakan pelanggan-pelanggan mereka

dengan slogan “We Come to You”.

Amalan Terbaik Samsung Malaysia:

• Kepimpinan

Satu faktor yang amat kritikal,

Kepimpinan

Samsung telah menetapkan hala tuju yang

jelas dan strategik, yang telah dijadikan

piawaian dan standard di seluruh cawangan

Samsung di serata dunia.

• Budaya Organisasi

Budaya organisasi Samsung mementingkan:

• Kepantasan

• Kesegeraan

• Inovasi

• Perkhidmatan yang melangkaui

ekspektasi pelanggan

Samsung (Malaysia)

22

1Serve

Panduan Pelaksanaan di Sektor Awam