Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA PENGURUSAN SKIM PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 PEMBATALAN 2 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan Yang Dibatalkan 1-1 Syarat dan Kelayakan bagi Maksud Pelantikan dalam Perkhidmatan Awam Ceraian SP.1.1.1 Syarat dan Kelayakan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam 3 Lampiran SP.1.1.1(A) Senarai Skim-Skim Perkhidmatan Yang Memperuntukkan Syarat Lantikan Di Peringkat Ijazah Sarjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 1-1 Struktur dan Model Perjawatan Ceraian SP.1.2.1 Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam 20 Lampiran SP.1.2.1(A) Carta Aliran Penubuhan Unit Integriti Agensi Awam 1-1

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA PENGURUSAN SKIM PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan memaklumkan perubahan-perubahan dalam pelaksanaan skim-skim perkhidmatan serta peraturanperaturan mengenai pewujudan perjawatan dalam Perkhidmatan Awam susulan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan Malaysia menguruskan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam melalui pelaksanaan sistem saraan. Sejak negara mencapai kemerdekaan, sistem saraan yang dilaksanakan oleh Kerajaan telah melalui evolusi bagi membolehkan penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sistem-sistem saraan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk Laporan Jawatankuasa Kabinet (JKK), Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM). KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

 2 3. Satu unsur yang penting dalam semakan sistem saraan baru ialah semakan semula terma-terma dan syarat-syarat dalam skim-skim perkhidmatan serta pewujudan organisasi baharu dari masa ke masa. Pekeliling ini meliputi peraturan-peraturan dan penambahbaikan berhubung perkara ini yang berkuat kuasa sejak pelaksanaan SSM. PELAKSANAAN 4. Peraturan-peraturan berhubung perubahan skim perkhidmatan, pewujudan perjawatan dan organisasi baru serta lain-lain perkara yang berkaitan adalah seperti berikut: Kod Ceraian Tema SP.1.1 Syarat dan Kelayakan Bagi Maksud Pelantikan Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian SP.1.1.1 Syarat dan Kelayakan Bagi Maksud Pelantikan Dalam Perkhidmatan Awam SP.1.2 Struktur dan Model Perjawatan Ceraian SP.1.2.1 Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam TARIKH BERKUAT KUASA 5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 6. Dengan berkuat kuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan seperti senarai di Lampiran I adalah dibatalkan.

 3 PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan Yang Dibatalkan Bil. Tema PP Yang Dibatalkan 1. Penubuhan Unit Integriti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam.

 3 CERAIAN SP.1.1.1 SYARAT DAN KELAYAKAN BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai syarat dan kelayakan-kelayakan yang diterima bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Pelantikan ke Perkhidmatan Awam adalah tertakluk kepada memenuhi syaratsyarat lantikan yang diperuntukkan di dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. Ini khususnya memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan termasuk memenuhi syarat Bahasa Melayu. 3. Kelayakan-kelayakan akademik diperuntukkan bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam pula adalah tertakluk kepada pengiktirafan kelayakan oleh Badan Pengiktirafan Kelayakan. Manakala bagi kelayakan peringkat menengah untuk pelantikan di peringkat kumpulan Pelaksana, Kerajaan telah menetapkan syarat-syarat kelulusan yang perlu dimiliki bagi setiap peringkat kelayakan tersebut bagi pertimbangan pelantikan terus atau melalui Peningkatan Secara Lantikan (PSL) mengikut skim perkhidmatan. 4. Syarat dan pengiktirafan kelayakan yang dikuatkuasakan ceraian ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan melalui pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan seperti berikut: a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (PP Bil. 1/2016); b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 (SPP Bil. 3/2016); c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 (SPP Bil. 7/2010); d) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2009 (SPP Bil. 14/2009); e) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009 (SPP Bil. 13/2009);

 4 SP.1.1.1 f) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 (SPP Bil. 11/2005); g) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 (SPP Bil. 1/2002); h) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998 (SPP Bil. 1/1998); i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1986 (SPP Bil. 6/1986); j) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983 (SPP Bil. 2/1983); k) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1981 (SPP Bil. 1/1981); l) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1980 (SPP Bil. 4/1980); m) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1977 (SPP Bil. 3/1977); dan n) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1972 (SPP Bil. 1/1972). PELAKSANAAN Syarat Bahasa Melayu 5. Penetapan syarat Bahasa Melayu bagi tujuan pelantikan dalam perkhidmatan awam adalah dibuat selaras dengan pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan yang berkuat kuasa mulai 1 September 1967. 6. Kerajaan melalui Surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 telah menetapkan Bahasa Melayu digunakan untuk maksud rasmi dalam pentadbiran Kerajaan oleh Kementerian, Jabatan, Kerajaan Negeri, Kuasa-Kuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun kecuali Parlimen, Dewan Negeri, Mahkamah atau dengan kebenaran D.Y.M.M Yang Di Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 7. Sehubungan dengan itu, syarat memiliki kelayakan Bahasa Melayu merupakan dasar bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam. Oleh itu, calon yang dipertimbangkan untuk pelantikan sama ada secara tetap atau secara kontrak adalah tertakluk dengan syarat Lulus atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil

 5 SP.1.1.1 Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengikut skim perkhidmatan. 8. Kelulusan Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan sebagai salah satu syarat kelayakan masuk tidak perlu diperolehi dalam satu peperiksaan yang sama dengan SPM yang menjadi syarat asas perlantikan yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, apabila seseorang yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam, badan berkanun atau kuasa tempatan telah mempunyai kelayakan sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatannya, ia hendaklah juga mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Lulus atau Kepujian di dalam peperiksaan SPM. Seseorang calon itu dianggap mempunyai kelulusan Bahasa Melayu di peringkat Lulus ataupun Kepujian dalam peperiksaan SPM dengan menunjukkan bukti bahawa ia telah memperolehi kelulusan tersebut. 9. Calon yang memiliki kelulusan Prinsipal dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf boleh dianggap memenuhi syarat Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam. 10. Kelulusan peringkat Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf boleh dianggap sebagai memenuhi syarat kelulusan Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan Kumpulan Pelaksana yang yang menetapkan kelulusan peringkat Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SRP/PMR/PT3 atau setaraf. Kelayakan Peringkat Ijazah Serta Setaraf, Diploma Serta Setaraf dan Sijil Serta Setaraf 11. Skim-skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa seseorang calon mesti mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum layak dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam. Kelayakan yang diiktiraf merupakan kelayakan yang telah diluluskan pengiktirafannya oleh Jawatan Kuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) atau Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualifications Agency, MQA)1. 12. Pengiktirafan serta nilai taraf kelayakan boleh disemak terus menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) [kelayakan yang diiktiraf sebelum 1 Januari 2017] atau Malaysia Qualification Register (MQR) [kelayakan yang diiktiraf mulai 1 Januari 2017]. 1 Pengiktirafan kelayakan oleh MQA adalah mulai 1 Januari 2017.

 6 SP.1.1.1 13. Bagi skim-skim perkhidmatan yang memperuntukkan syarat lantikan dengan kelayakan Ijazah Sarjana2 dan/atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan seperti di Lampiran SP.1.1.1(A), calon adalah diberi pengecualian dari memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda yang tidak diiktiraf. Kelayakan Ijazah Sarjana dan/atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) tersebut hendaklah diperolehi melalui kaedah berikut: i. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa atau separuh masa (sama ada secara luaran, jarak jauh atau on-line); atau ii. IPTA dengan kerjasama IPT luar negara yang tersenarai dalam ‘Senarai Universiti yang Diiktiraf oleh Kerajaan’ di bawah program sepenuh masa atau separuh masa (sama ada secara luaran, jarak jauh atau on-line) yang memberi satu penganugerahan sahaja (single award); atau iii. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuhnya dan telah mendapat perakuan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di bawah program sepenuh masa dan separuh masa sama ada secara luaran (external), jarak jauh (distance learning) dan on-line; atau iv. IPTS dengan kerjasama IPTA tempatan atau IPT luar negara di bawah program sepenuh masa dan separuh masa sama ada secara luaran (external), jarak jauh (distance learning) dan on-line serta telah mendapat perakuan akreditasi MQA; atau v. Kampus-kampus cawangan IPT luar negara di Malaysia di bawah program sepenuh masa dan separuh masa sama ada secara luaran (external), jarak jauh (distance learning) dan online serta telah mendapat perakuan akreditasi MQA; atau vi. IPT luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan negara berkenaan di bawah program sepenuh masa dan telah mendapat perakuan pengiktirafan oleh Kerajaan negara berkenaan. Pengesahan status IPT luar negara ini boleh dibuat oleh Pihak Berkuasa Melantik dengan menghubungi pejabat kedutaan negara berkenaan di Malaysia atau pejabat kedutaan Malaysia di negara berkenaan. Pihak Berkuasa Melantik perlu memastikan kualiti dan 2 Kelayakan Ijazah Sarjana (Master) yang dinilai taraf Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam tidak dikira sebagai kelayakan Sarjana (Master). Kelayakan ini hanya boleh digunakan bagi tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

 7 SP.1.1.1 kesetaraan kelayakan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan sebarang keraguan mengenai kelayakan ini perlu dirujuk kepada MQA. Kelayakan Sijil Matrikulasi 14. Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke skim perkhidmatan berkaitan mengikut jurusan/aliran program matrikulasi seperti berikut: Klasifikasi Perkhidmatan Skim Perkhidmatan Jurusan/Aliran Program Matrikulasi Bakat Dan Seni (B) i. Artis Budaya Semua Jurusan/Aliran ii. Jurufotografi iii. Penerbit Rancangan iv. Ahli Muzik v. Pegawai Kebudayaan vi. Pereka Sains (C) i. Penolong Pegawai Geosains Jurusan Sains ii. Penolong Pegawai Meteorologi iii. Penolong Pegawai Sains iv. Penolong Pegawai Makmal Filem Ekonomi (E) i. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Semua Jurusan/Aliran ii. Penolong Pegawai Perangkaan Pertanian (G) i. Penolong Pengurus Taman/Ladang Semua Jurusan/Aliran Keselamatan Dan Pertahanan Awam (K) i. Penolong Pegawai Keselamatan Semua Jurusan/Aliran ii. Penolong Pegawai Pertahanan Awam iii. Penolong Penguasa Penjara iv. Penolong Pegawai Penguat Kuasa v. Penolong Penguasa Imigresen/ Penguasa Imigresen vi. Penolong Pegawai Pendaftaran/ Pegawai Pendaftaran Perundangan Dan Kehakiman (L) i. Jurubahasa Semua Jurusan/Aliran i. Penolong Pegawai Tadbir Semua Jurusan/Aliran ii. Penolong Pegawai Penerbitan

 8 Klasifikasi Perkhidmatan Skim Perkhidmatan Jurusan/Aliran Program Matrikulasi Pentadbiran Dan Sokongan (N) iii. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial iv. Penolong Pengurus Asrama v. Penghulu vi. Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah (Pemakaian di Sabah/ Sarawak) Penyelidikan Dan Pembangunan (Q) i. Penolong Pegawai Penyelidik Jurusan Sains dan Aliran Teknikal Sosial (S) i. Penolong Pegawai Arkib Semua Jurusan/Aliran ii. Penolong Kurator iii. Penolong Pustakawan iv. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat v. Penolong Pegawai Belia dan Sukan vi. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan vii. Penolong Pegawai Penerangan viii. Penolong Perancang Bahasa ix. Penolong Pegawai Kesatria x. Penolong Pegawai Antidadah xi. Wartawan Kewangan (W) i. Penolong Penguasa Kastam Semua Jurusan/Aliran Kelayakan Peperiksaan Di Peringkat Tingkatan Enam 15. Calon yang memiliki kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan STPM atau STAM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan seperti berikut: i. STPM [Mulai Tahun 2003] a) Calon yang memiliki kelayakan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) berdasarkan tahap kelulusan berikut:

 9 SP.1.1.1 Peperiksaan Mata Pelajaran Lain (+) Mata Pelajaran Pengajian Am Keputusan Dalam Satu Peperiksaan Lulus sekurang-kurangnya tiga (3) mata pelajaran dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00). dan Lulus sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00). Atau Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan kombinasi sekurang-kurangnya berikut:  Gred B dan Gred B (NGMP 3.00 & 3.00); atau  Gred B+ dan Gred B- (NGMP 3.33 & 2.67); atau  Gred A- dan Gred C+ (NGMP 3.67 & 2.33); atau  Gred A dan Gred C (NGMP 4.00 & 2.00). dan Lulus sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00). Atau  Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00); dan  Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan sekurangkurangnya Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00). dan Lulus sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00). Atau Keputusan Dalam Dua Peperiksaan [diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun berturutturut] Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran yang berlainan dengan sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00). dan Lulus sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00).

 10 SP.1.1.1 b) Format pernyataan keputusan peperiksaan STPM berdasarkan NGMP adalah seperti berikut: Gred Mata Pelajaran NGMP Keterangan A 4.00 Lulus Prinsipal (Full Pass) A - 3.67 B + 3.33 B 3.00 B - 2.67 C + 2.33 C 2.00 C - 1.67 Lulus Sebahagian (Intermediate/Subsidiary Pass/Partial Pass) D + 1.33 D 1.00 F 0.00 ii. STPM [Tahun 1987 hingga Tahun 2002] a) Mulai tahun 1987, nama mata pelajaran Kertas Am dalam peperiksaan STPM dipinda kepada Pengajian Am dan taraf mata pelajaran dipertingkatkan kepada peringkat ‘Prinsipal’; b) Calon perlu memiliki kelayakan STPM berdasarkan sistem penggredan dengan tahap kelulusan berikut: Peperiksaan Mata Pelajaran Lain (+) Mata Pelajaran Pengajian Am Keputusan Dalam Satu Peperiksaan Lulus sekurang-kurangnya tiga (3) mata pelajaran dengan sekurang-kurangnya Gred E. dan Lulus sekurangkurangnya Gred E. Atau Lulus dua (2) mata pelajaran dengan kombinasi sekurangkurangnya berikut:  Gred C dan Gred C; atau  Gred B dan Gred D; atau  Gred A dan Gred E. dan Lulus sekurangkurangnya Gred E. Atau  Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dan Lulus sekurangkurangnya Gred E.

 11 Peperiksaan Mata Pelajaran Lain (+) Mata Pelajaran Pengajian Am dengan sekurangkurangnya Gred E; dan  Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan sekurangkurangnya Gred R. Atau Keputusan Dalam Dua Peperiksaan [diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun berturutturut] Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran yang berlainan dengan sekurangkurangnya Gred E. (+) Lulus sekurangkurangnya Gred E. iii. STPM [Tahun 1982 Hingga Tahun 1986] a) Mulai Tahun 1982, peperiksaan STPM dilaksanakan bagi menggantikan Sijil Tinggi Pelajaran (STP)/Higher School Certificate (H.S.C); b) Calon perlu memiliki kelayakan STPM berdasarkan sistem penggredan dengan tahap kelulusan berikut: Peperiksaan Mata Pelajaran Lain (+) Mata Pelajaran Kertas Am Keputusan Dalam Satu Peperiksaan Lulus sekurang-kurangnya tiga (3) mata pelajaran dengan sekurang-kurangnya Gred E. dan Lulus sekurangkurangnya Gred E Atau Lulus dua (2) mata pelajaran dengan kombinasi sekurangkurangnya berikut:  Gred C dan Gred C; atau  Gred B dan Gred D; atau  Gred A dan Gred E. dan Lulus sekurangkurangnya Gred E Atau  Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan sekurang-kurangnya Gred E; dan dan Lulus sekurangkurangnya Gred E

 12 Peperiksaan Mata Pelajaran Lain (+) Mata Pelajaran Kertas Am  Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan sekurang-kurangnya Gred R. Atau Keputusan Dalam Dua Peperiksaan [diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun berturutturut] Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran yang berlainan dengan sekurangkurangnya Gred E. dan Lulus sekurangkurangnya Gred E c) Format pernyataan keputusan peperiksaan STPM berdasarkan sistem penggredan adalah seperti berikut: iv. STAM [Mulai Tahun 2000]3 a) Calon perlu memiliki kelayakan STAM dengan tahap kelulusan berikut: Peperiksaan Mata Pelajaran Keputusan Dalam Satu Peperiksaan Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dengan kombinasi seperti berikut: (i) dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab; satu (1) mata pelajaran dalam Bidang Syariah; dan 3 Berkuat kuasa kepada calon yang memiliki kelayakan STAM mulai tahun 2000. Gred Mata Pelajaran Keterangan A Lulus Prinsipal (Full Pass) B C D E R Lulus Sebahagian (Intermediate Pass) F Gagal

 13 Peperiksaan Mata Pelajaran satu (1) mata pelajaran dalam Bidang Usuluddin. Atau (ii) satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab; dua (2) mata pelajaran dalam Bidang Syariah; dan satu (1) mata pelajaran dalam Bidang Usuluddin. Atau (iii) satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab; satu (1) mata pelajaran dalam Bidang Syariah; dan dua (2) mata pelajaran dalam Bidang Usuluddin. Atau (iv) dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab; dan dua (2) mata pelajaran dalam Bidang Syariah. Atau (v) dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab; dan dua (2) mata pelajaran dalam Bidang Usuluddin. Atau (vi) dua (2) mata pelajaran dalam Bidang Syariah; dan dua (2) mata pelajaran dalam Bidang Usuluddin. Atau (vii) tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab; dan satu (1) mata pelajaran dalam Bidang Syariah. Atau (viii) tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab; dan satu (1) mata pelajaran dalam Bidang Usuluddin. Atau (ix) satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab; dan tiga (3) mata pelajaran dalam Bidang Usuluddin. Atau (x) satu (1) mata pelajaran dalam Bidang Syariah; dan tiga (3) mata pelajaran dalam Bidang Usuluddin. Atau Keputusan Dalam Peperiksaan Yang Diduduki Dalam Tempoh Tiga (3) Tahun Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perkara (i) hingga (x) di atas.

 14 Peperiksaan Mata Pelajaran Mulai Dari Tarikh Keputusan Peperiksaan Yang Pertama Kali Diduduki b) Format pernyataan keputusan peperiksaan STAM bagi setiap mata pelajaran adalah seperti berikut: c) Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut: Peringkat Takrif Mumtaz Cemerlang Jayyid Jiddan Sangat Baik Jayyid Baik Maqbul Lulus Rasib Gagal Bidang Mata Pelajaran Bahasa Arab 1. Nahu dan Sarf 2. Insya’ dan Mutala’ah 3. Adab dan Nusus 4. ‘Arudh dan Qafiyah 5. Balaghah Syariah 6. Fiqh dan Hadith 7. Hadith dan Mustolah Usuluddin 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid 9. Tauhid dan Mantiq 10. Tafsir dan Ulumuhu

 15 SP.1.1.1 v. Sijil Tinggi Persekolahan (STP)/Higher School Certificate (H.S.C) [Sebelum Tahun 1982] a) Calon perlu memiliki Sijil Penuh yang dinamakan STP/H.S.C melalui kelulusan seperti berikut: b) Format penggredan keputusan peperiksaan STP/H.S.C adalah seperti berikut: Kriteria Sijil Penuh STP/H.S.C 1. Lulus Kertas Am/General Paper dan mana-mana mata pelajaran (Prinsipal/Subsidiari) dengan kombinasi seperti berikut: (i) Lulus sekurang-kurang tiga (3) mata pelajaran Prinsipal; atau (ii) Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran Prinsipal dan dua (2) mata pelajaran Subsidiari; atau (iii) Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran Prinsipal dan satu (1) mata pelajaran Subsidiari dengan syarat, kombinasi gred bagi kedua-dua mata pelajaran Prinsipal adalah sekurangkurangnya Gred D dan Gred E. 2. Mendapat Gred 7 (Gagal) dalam Kertas Am/General Paper* tetapi memenuhi syarat berikut: (i) Lulus sekurang-kurangnya tiga (3) mata pelajaran Prinsipal; atau (ii) Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran Prinsipal dan dua (2) mata pelajaran Subsidiari. * Calon menerima Sijil Penuh STP/H.S.C tetapi kelulusan Kertas Am/General Paper tidak dicatitkan dalam sijil. Gred Mata Pelajaran Keterangan A Principal Pass (Lulus Penuh) B C D E 0 Subsidiary Pass (Lulus Sebahagian) F Gagal

 16 SP.1.1.1 Kelayakan Peperiksaan Di Peringkat Tingkatan Lima 16. Calon yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan seperti berikut: i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Terbuka [Dilaksanakan Mulai Tahun 1999] a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; c) memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan; dan d) Penyataan keputusan SPM Sijil Terbuka adalah seperti berikut: Sebelum Tahun 2009 Selepas Tahun 2009 Gred Tahap Gred Tahap A+ Cemerlang Tertinggi 1A Cemerlang A Cemerlang Tinggi 2A A- Cemerlang 3B Kepujian B+ Kepujian Tertinggi 4B B Kepujian Tinggi 5C C+ Kepujian Atas 6C C Kepujian 7D Lulus D Lulus Atas 8E E Lulus 9G Gagal G Gagal

 17 SP.1.1.1 ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Penuh [Dilaksanakan Sebelum Tahun 1999] a) Calon memiliki SPM dengan dianugerahkan Sijil Bahagian Satu/Pertama (Pangkat Satu), Sijil Bahagian Dua/Kedua (Pangkat Dua) atau Sijil Bahagian Tiga/Ketiga (Pangkat Tiga); dan b) Calon yang menerima Sijil Am Pelajaran (SAP) adalah tidak layak untuk dipertimbangkan bagi tujuan pelantikan. iii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) [Dilaksanakan Mulai Tahun 2012] Calon memiliki Sijil SVM dan bagi tujuan memenuhi syarat Lulus atau Kepujian Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut: Syarat Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Syarat Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) Kepujian Sekurang-kurangnya Gred ‘C’ Lulus Sekurang-kurangnya Gred ‘E’ Kelayakan Peperiksaan Di Peringkat Tingkatan Tiga 17. Calon yang memiliki kelayakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan seperti berikut: i. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) [Dilaksanakan Mulai Tahun 2014] a) memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘E’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan

 18 SP.1.1.1 b) bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘Kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan. ii. Penilaian Menengah Rendah (PMR) [Dilaksanakan Mulai Tahun 1993] a) memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘D’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan b) bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘Kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan. iii. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Tahun Kelulusan Yang Diterima Bagi Tujuan Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Syarat Pencapaian Gred/Peringkat Mata Pelajaran Mengikut Syarat Skim Perkhidmatan 1967 - 1969  Pangkat A dan Pangkat B.  Pangkat C tertakluk calon lulus sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia. Kepujian Gred 6 dan ke atas. Lulus Gred 7 atau Gred 8 1970 - 1980  Pangkat A, Pangkat B dan Pangkat C.  Pangkat S tertakluk calon lulus sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia. Kepujian Gred 6 dan ke atas. Lulus Gred 7 atau Gred 8 1981 - 1992 Pangkat A, Pangkat B dan Pangkat C. Kepujian Gred 6 dan ke atas. Lulus Gred 7 atau Gred 8

 19 SP.1.1.1 Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 18. Kelayakan serta bidang SKM yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan. 19. Pada masa ini, Kerajaan bersetuju SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3 diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan berkelayakan SPM yang telah dikenal pasti bersesuaian sebagai syarat Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP). 20. Penetapan kelayakan SKM ini mengambil kira bidang-bidang yang bersesuaian dengan skop tugas dalam skim perkhidmatan berkaitan. Senarai bidang yang bersesuaian berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) boleh dirujuk melalui laman web EZskim iaitu https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/ dari semasa ke semasa. TINDAKAN PIHAK BERKUASA MELANTIK 21. Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan memasukkan kelayakan seperti yang ditetapkan dalam setiap iklan jawatan yang mensyaratkan kelulusan berkenaan khususnya bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan STPM, STAM, SPM atau PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sebagai syarat lantikan. TARIKH BERKUAT KUASA 22. Ceraian ini adalah berkuat kuasa mulai dari tarikh Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di perenggan 4 berkuat kuasa.

 20 SP.1.1.1 PEMAKAIAN 23. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 Lampiran SP.1.1.1(A) SENARAI SKIM-SKIM PERKHIDMATAN YANG MEMPERUNTUKKAN SYARAT LANTIKAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA DAN/ATAU IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (Ph.D) Bil. Skim Perkhidmatan Kelayakan Masuk 1. Pensyarah Universiti Gred DS45, DS51/52, DS53/54, Gred Khas Ijazah Sarjana; atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 2. Pensyarah UiTM Gred DM41, DM45, DM51/52, DM53/54, Gred Khas Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana; atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 3. Pegawai Penyelidik Gred Q41, Q44, Q48, Q52, Q54 Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana; atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana; atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 5. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, F44, F48, F52, F54 Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana; atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 6. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, M44, M48, M52, M54 Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana; atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 8. Pegawai Psikologi Gred S41, S44, S48, S52, S54 Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana; atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 9. Pegawai Kanan Polis Gred YA13, YA16, YA18, YA20, YA22, YA24 Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana; atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 10. Perangkawan Gred E41, E44, E48, E52, E54 Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana 11. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41, S44, S48, S52, S54 Ijazah Sarjana Muda Kepujian; atau Ijazah Sarjana

 20 CERAIAN SP.1.2.1 PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. LATAR BELAKANG 2. Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. 3. Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. PELAKSANAAN Penubuhan Unit Integriti 4. Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut: a) Tadbir Urus Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; b) Pengukuhan Integriti Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

 21 SP.1.2.1 c) Pengesanan dan Pengesahan i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab; d) Pengurusan Aduan Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; e) Pematuhan Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan f) Tatatertib Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. 5. Fungsi-fungsi sedia ada yang dilaksanakan oleh pelbagai bahagian/cawangan/unit di agensi perlu dipindahkan ke Unit Integriti ini berdasarkan kepada model Unit Integriti yang ditetapkan. Penarafan Risiko Agensi 6. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab melaksanakan penarafan risiko agensi bagi menetapkan model Unit Integriti yang bersesuaian. Taraf risiko dikelaskan kepada tinggi, sederhana atau rendah. Penarafan semula risiko sesuatu agensi dilaksanakan setiap tiga (3) tahun atau mengikut keperluan. Penentuan Struktur Dan Perjawatan 7. Struktur dan perjawatan bagi Unit Integriti akan diwujudkan oleh Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) berdasarkan kepada penarafan risiko agensi dan dasar perjawatan semasa.

 22 SP.1.2.1 8. Perjawatan Ketua Unit Integriti di agensi memerlukan kelayakan Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer/CeIO) atau lain-lain kelayakan sepertimana diiktiraf oleh Lembaga Pentauliahan Pegawai Integriti yang diurusetiakan oleh SPRM. Kursus CeIO dilaksanakan oleh SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Penyelarasan Dan Pelaporan 9. Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM berperanan menyelaras pelaksanaan fungsi Unit Integriti. Bahagian ini turut bertanggungjawab untuk menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti di agensi. 10. Bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan pengurusan integriti ini, Ketua Unit Integriti hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaannya kepada Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM setiap empat (4) bulan sekali iaitu sebelum 15 haribulan Mei, September dan Januari. Carta Aliran Penubuhan Unit Integriti 11. Carta aliran penubuhan Unit Integriti agensi sektor awam adalah seperti di Lampiran SP.1.2.1(A). PEMBATALAN 12. Dengan berkuat kuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 13. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 Lampiran SP.1.2.1(A) CARTA ALIRAN PENUBUHAN UNIT INTEGRITI AGENSI AWAM PENARAFAN RISIKO AGENSI SPRM melaksanakan penarafan risiko agensi serta memaklumkan kepada agensi dan Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), JPA PENENTUAN STRUKTUR DAN PERJAWATAN BPO, JPA bersama agensi mewujudkan Unit Integriti berdasarkan penarafan oleh SPRM PERAKUAN KE PERBENDAHARAAN JPA akan mengemukakan perakuan struktur dan perjawatan Unit Integriti ke Perbendaharaan WARAN PERJAWATAN/ SURAT KELULUSAN PERJAWATAN Perbendaharaan akan mengeluarkan Waran Perjawatan/Surat Kelulusan Perjawatan kepada agensi dan disalinkan kepada JPA, Ketua Perkhidmatan terlibat dan Jabatan Akauntan Negara PENEMPATAN PEGAWAI • Pengisian jawatan kader perlu dipohon oleh agensi daripada Ketua Perkhidmatan yang berkenaan • Pengisian jawatan lain dibuat berdasarkan penempatan semula MEKANISME PELAPORAN Ketua Unit Integriti hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaannya kepada Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM setiap empat (4) bulan sekali iaitu sebelum 15 haribulan Mei, September dan Januari. KEPERLUAN LATIHAN Perjawatan Ketua Unit Integriti di agensi memerlukan kelayakan Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer/CeIO) atau lain-lain kelayakan sepertimana diiktiraf oleh Lembaga Pentauliahan Pegawai Integriti yang diurusetiakan oleh SPRM. Kursus CeIO dilaksanakan oleh SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). PENARAFAN SEMULA Penarafan semula risiko sesuatu agensi dilaksanakan setiap tiga (3) tahun atau mengikut keperluan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy