Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 20 CERAIAN SP.1.2.1 PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. LATAR BELAKANG 2. Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. 3. Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. PELAKSANAAN Penubuhan Unit Integriti 4. Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut: a) Tadbir Urus Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; b) Pengukuhan Integriti Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy