Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 3 CERAIAN SP.1.1.1 SYARAT DAN KELAYAKAN BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai syarat dan kelayakan-kelayakan yang diterima bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Pelantikan ke Perkhidmatan Awam adalah tertakluk kepada memenuhi syaratsyarat lantikan yang diperuntukkan di dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. Ini khususnya memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan termasuk memenuhi syarat Bahasa Melayu. 3. Kelayakan-kelayakan akademik diperuntukkan bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam pula adalah tertakluk kepada pengiktirafan kelayakan oleh Badan Pengiktirafan Kelayakan. Manakala bagi kelayakan peringkat menengah untuk pelantikan di peringkat kumpulan Pelaksana, Kerajaan telah menetapkan syarat-syarat kelulusan yang perlu dimiliki bagi setiap peringkat kelayakan tersebut bagi pertimbangan pelantikan terus atau melalui Peningkatan Secara Lantikan (PSL) mengikut skim perkhidmatan. 4. Syarat dan pengiktirafan kelayakan yang dikuatkuasakan ceraian ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan melalui pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan seperti berikut: a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (PP Bil. 1/2016); b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 (SPP Bil. 3/2016); c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 (SPP Bil. 7/2010); d) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2009 (SPP Bil. 14/2009); e) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009 (SPP Bil. 13/2009);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy