Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 21 SP.1.2.1 c) Pengesanan dan Pengesahan i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab; d) Pengurusan Aduan Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; e) Pematuhan Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan f) Tatatertib Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. 5. Fungsi-fungsi sedia ada yang dilaksanakan oleh pelbagai bahagian/cawangan/unit di agensi perlu dipindahkan ke Unit Integriti ini berdasarkan kepada model Unit Integriti yang ditetapkan. Penarafan Risiko Agensi 6. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab melaksanakan penarafan risiko agensi bagi menetapkan model Unit Integriti yang bersesuaian. Taraf risiko dikelaskan kepada tinggi, sederhana atau rendah. Penarafan semula risiko sesuatu agensi dilaksanakan setiap tiga (3) tahun atau mengikut keperluan. Penentuan Struktur Dan Perjawatan 7. Struktur dan perjawatan bagi Unit Integriti akan diwujudkan oleh Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) berdasarkan kepada penarafan risiko agensi dan dasar perjawatan semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy