Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 16 SP.1.1.1 Kelayakan Peperiksaan Di Peringkat Tingkatan Lima 16. Calon yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan seperti berikut: i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Terbuka [Dilaksanakan Mulai Tahun 1999] a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; c) memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan; dan d) Penyataan keputusan SPM Sijil Terbuka adalah seperti berikut: Sebelum Tahun 2009 Selepas Tahun 2009 Gred Tahap Gred Tahap A+ Cemerlang Tertinggi 1A Cemerlang A Cemerlang Tinggi 2A A- Cemerlang 3B Kepujian B+ Kepujian Tertinggi 4B B Kepujian Tinggi 5C C+ Kepujian Atas 6C C Kepujian 7D Lulus D Lulus Atas 8E E Lulus 9G Gagal G Gagal

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy