Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 17 SP.1.1.1 ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Penuh [Dilaksanakan Sebelum Tahun 1999] a) Calon memiliki SPM dengan dianugerahkan Sijil Bahagian Satu/Pertama (Pangkat Satu), Sijil Bahagian Dua/Kedua (Pangkat Dua) atau Sijil Bahagian Tiga/Ketiga (Pangkat Tiga); dan b) Calon yang menerima Sijil Am Pelajaran (SAP) adalah tidak layak untuk dipertimbangkan bagi tujuan pelantikan. iii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) [Dilaksanakan Mulai Tahun 2012] Calon memiliki Sijil SVM dan bagi tujuan memenuhi syarat Lulus atau Kepujian Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut: Syarat Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Syarat Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) Kepujian Sekurang-kurangnya Gred ‘C’ Lulus Sekurang-kurangnya Gred ‘E’ Kelayakan Peperiksaan Di Peringkat Tingkatan Tiga 17. Calon yang memiliki kelayakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan seperti berikut: i. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) [Dilaksanakan Mulai Tahun 2014] a) memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘E’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy