Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA PENGURUSAN SKIM PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan memaklumkan perubahan-perubahan dalam pelaksanaan skim-skim perkhidmatan serta peraturanperaturan mengenai pewujudan perjawatan dalam Perkhidmatan Awam susulan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan Malaysia menguruskan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam melalui pelaksanaan sistem saraan. Sejak negara mencapai kemerdekaan, sistem saraan yang dilaksanakan oleh Kerajaan telah melalui evolusi bagi membolehkan penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sistem-sistem saraan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk Laporan Jawatankuasa Kabinet (JKK), Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM). KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy