Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 6 SP.1.1.1 13. Bagi skim-skim perkhidmatan yang memperuntukkan syarat lantikan dengan kelayakan Ijazah Sarjana2 dan/atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan seperti di Lampiran SP.1.1.1(A), calon adalah diberi pengecualian dari memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda yang tidak diiktiraf. Kelayakan Ijazah Sarjana dan/atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) tersebut hendaklah diperolehi melalui kaedah berikut: i. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa atau separuh masa (sama ada secara luaran, jarak jauh atau on-line); atau ii. IPTA dengan kerjasama IPT luar negara yang tersenarai dalam ‘Senarai Universiti yang Diiktiraf oleh Kerajaan’ di bawah program sepenuh masa atau separuh masa (sama ada secara luaran, jarak jauh atau on-line) yang memberi satu penganugerahan sahaja (single award); atau iii. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuhnya dan telah mendapat perakuan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di bawah program sepenuh masa dan separuh masa sama ada secara luaran (external), jarak jauh (distance learning) dan on-line; atau iv. IPTS dengan kerjasama IPTA tempatan atau IPT luar negara di bawah program sepenuh masa dan separuh masa sama ada secara luaran (external), jarak jauh (distance learning) dan on-line serta telah mendapat perakuan akreditasi MQA; atau v. Kampus-kampus cawangan IPT luar negara di Malaysia di bawah program sepenuh masa dan separuh masa sama ada secara luaran (external), jarak jauh (distance learning) dan online serta telah mendapat perakuan akreditasi MQA; atau vi. IPT luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan negara berkenaan di bawah program sepenuh masa dan telah mendapat perakuan pengiktirafan oleh Kerajaan negara berkenaan. Pengesahan status IPT luar negara ini boleh dibuat oleh Pihak Berkuasa Melantik dengan menghubungi pejabat kedutaan negara berkenaan di Malaysia atau pejabat kedutaan Malaysia di negara berkenaan. Pihak Berkuasa Melantik perlu memastikan kualiti dan 2 Kelayakan Ijazah Sarjana (Master) yang dinilai taraf Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam tidak dikira sebagai kelayakan Sarjana (Master). Kelayakan ini hanya boleh digunakan bagi tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy