Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 1-1 Lampiran SP.1.2.1(A) CARTA ALIRAN PENUBUHAN UNIT INTEGRITI AGENSI AWAM PENARAFAN RISIKO AGENSI SPRM melaksanakan penarafan risiko agensi serta memaklumkan kepada agensi dan Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), JPA PENENTUAN STRUKTUR DAN PERJAWATAN BPO, JPA bersama agensi mewujudkan Unit Integriti berdasarkan penarafan oleh SPRM PERAKUAN KE PERBENDAHARAAN JPA akan mengemukakan perakuan struktur dan perjawatan Unit Integriti ke Perbendaharaan WARAN PERJAWATAN/ SURAT KELULUSAN PERJAWATAN Perbendaharaan akan mengeluarkan Waran Perjawatan/Surat Kelulusan Perjawatan kepada agensi dan disalinkan kepada JPA, Ketua Perkhidmatan terlibat dan Jabatan Akauntan Negara PENEMPATAN PEGAWAI • Pengisian jawatan kader perlu dipohon oleh agensi daripada Ketua Perkhidmatan yang berkenaan • Pengisian jawatan lain dibuat berdasarkan penempatan semula MEKANISME PELAPORAN Ketua Unit Integriti hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaannya kepada Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM setiap empat (4) bulan sekali iaitu sebelum 15 haribulan Mei, September dan Januari. KEPERLUAN LATIHAN Perjawatan Ketua Unit Integriti di agensi memerlukan kelayakan Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer/CeIO) atau lain-lain kelayakan sepertimana diiktiraf oleh Lembaga Pentauliahan Pegawai Integriti yang diurusetiakan oleh SPRM. Kursus CeIO dilaksanakan oleh SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). PENARAFAN SEMULA Penarafan semula risiko sesuatu agensi dilaksanakan setiap tiga (3) tahun atau mengikut keperluan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy