Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 4 SP.1.1.1 f) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 (SPP Bil. 11/2005); g) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 (SPP Bil. 1/2002); h) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998 (SPP Bil. 1/1998); i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1986 (SPP Bil. 6/1986); j) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983 (SPP Bil. 2/1983); k) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1981 (SPP Bil. 1/1981); l) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1980 (SPP Bil. 4/1980); m) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1977 (SPP Bil. 3/1977); dan n) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1972 (SPP Bil. 1/1972). PELAKSANAAN Syarat Bahasa Melayu 5. Penetapan syarat Bahasa Melayu bagi tujuan pelantikan dalam perkhidmatan awam adalah dibuat selaras dengan pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan yang berkuat kuasa mulai 1 September 1967. 6. Kerajaan melalui Surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 telah menetapkan Bahasa Melayu digunakan untuk maksud rasmi dalam pentadbiran Kerajaan oleh Kementerian, Jabatan, Kerajaan Negeri, Kuasa-Kuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun kecuali Parlimen, Dewan Negeri, Mahkamah atau dengan kebenaran D.Y.M.M Yang Di Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 7. Sehubungan dengan itu, syarat memiliki kelayakan Bahasa Melayu merupakan dasar bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam. Oleh itu, calon yang dipertimbangkan untuk pelantikan sama ada secara tetap atau secara kontrak adalah tertakluk dengan syarat Lulus atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy