Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 19 SP.1.1.1 Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 18. Kelayakan serta bidang SKM yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan. 19. Pada masa ini, Kerajaan bersetuju SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3 diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan berkelayakan SPM yang telah dikenal pasti bersesuaian sebagai syarat Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP). 20. Penetapan kelayakan SKM ini mengambil kira bidang-bidang yang bersesuaian dengan skop tugas dalam skim perkhidmatan berkaitan. Senarai bidang yang bersesuaian berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) boleh dirujuk melalui laman web EZskim iaitu https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/ dari semasa ke semasa. TINDAKAN PIHAK BERKUASA MELANTIK 21. Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan memasukkan kelayakan seperti yang ditetapkan dalam setiap iklan jawatan yang mensyaratkan kelulusan berkenaan khususnya bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan STPM, STAM, SPM atau PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sebagai syarat lantikan. TARIKH BERKUAT KUASA 22. Ceraian ini adalah berkuat kuasa mulai dari tarikh Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di perenggan 4 berkuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy