Skim Perkhidmatan dan Perjawatan

 22 SP.1.2.1 8. Perjawatan Ketua Unit Integriti di agensi memerlukan kelayakan Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer/CeIO) atau lain-lain kelayakan sepertimana diiktiraf oleh Lembaga Pentauliahan Pegawai Integriti yang diurusetiakan oleh SPRM. Kursus CeIO dilaksanakan oleh SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Penyelarasan Dan Pelaporan 9. Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM berperanan menyelaras pelaksanaan fungsi Unit Integriti. Bahagian ini turut bertanggungjawab untuk menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti di agensi. 10. Bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan pengurusan integriti ini, Ketua Unit Integriti hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaannya kepada Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM setiap empat (4) bulan sekali iaitu sebelum 15 haribulan Mei, September dan Januari. Carta Aliran Penubuhan Unit Integriti 11. Carta aliran penubuhan Unit Integriti agensi sektor awam adalah seperti di Lampiran SP.1.2.1(A). PEMBATALAN 12. Dengan berkuat kuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 13. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy