Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  26 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 26 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

25

Contoh projek, KPI,

output

dan keberhasilan bagi Teras 1 Transformasi JPA

JPA

telah

menubuhkan

Jawatankuasa

Pelaksana Transformasi yang dipengerusikan

oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi

meneraju, memacu, menyelaras, menggerak dan

memastikan pelaksanaan inisiatif di bawah

PTTJPA. Pada peringkat permulaan, tumpuan

diberikan

kepada

inisiatif

meningkatkan

penyampaian perkhidmatan JPA sebagai sebuah

organisasi

pengurusan

sumber

manusia

perkhidmatan

awam.

Pelaporan

inisiatif

transformasi bahagian-bahagian di bawah JPA

disalurkan melalui Pengerusi Teras Strategik.

Sekretariat Transformasi ditubuhkan sebagai

urus setia bagi Jawatankuasa ini. Pengurus

Perubahan juga dilantik selaku penggerak

inisiatif-inisiatif serta meningkatkan kesedaran

transformasi JPA.

Quick wins

wajar dilaksanakan oleh setiap

agensi bagi mencapai keberhasilan dalam jangka

masa pendek. Keberhasilan ini akan

meningkatkan keyakinan dan kesungguhan

warga organisasi dan pihak berkepentingan

untuk terus menyokong dan memberikan

kerjasama dalam pelaksanaan transformasi

perkhidmatan awam. Setiap agensi juga

hendaklah membangunkan Pelan Transformasi

masing-masing berdasarkan prinsip SMART.

Pembangunan Pelan Transformasi merupakan

asas kepada pemantauan kemajuan pencapaian

keberhasilan

strategik.

Sehubungan

ini,

Jawatankuasa

Pelaksana

Transformasi

hendaklah ditubuhkan di setiap agensi dan

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha atau

Ketua Pengarah bagi tujuan pemantauan secara

berkala.