

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
24
asa pertama transformasi melibatkan
pelaksanaan
quick wins
. Langkah
tersebut merupakan inisiatif jangka
pendek bagi memulakan langkah pelaksanaan
transformasi perkhidmatan awam. JPA bermula
dengan 25 langkah strategik (LS) yang dijadikan
projek
quick wins.
Daripada 25
quick wins
tersebut, sebanyak 94 inisiatif telah dicadang
untuk dilaksanakan pada tahun 2013.
Langkah Strategik (
quick wins
) di bawah KTPA
Setelah
quick wins
dikenal pasti, Pelan Tindakan Transformasi JPA (PTTJPA) telah dibangunkan bagi
memantau pelaksanaan inisiatif yang dicadangkan. Beberapa sesi bengkel, perbincangan dan mesyuarat
susulan telah dijalankan dengan warga JPA bagi memastikan PTTJPA ini cukup komprehensif. Bahagian
atau unit serta bidang tanggung jawab, tempoh masa pelaksanaan dan
outcome
serta KPI juga ditetapkan.
Dalam hubungan ini, PTTJPA dibangunkan berdasarkan prinsip SMART iaitu
specific, measurable,
achievable, realistic
dan
time-bound.
F
Langkah 4 - MELAKSANA
QUICK WINS