Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  28 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 28 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

27

Pemantauan memainkan peranan penting

agar usaha transformasi mencapai keberhasilan

seperti yang dirancang. Bagi tujuan pemantauan

pelaksanaan, Pengerusi Teras Strategik yang

terdiri daripada Pengarah Bahagian perlu

membuat pelaporan kepada Jawatankuasa

Pelaksana Transformasi yang dipengerusikan

oleh ketua agensi masing-masing. Pelaporan

hendaklah dibuat setiap dua minggu pada

permulaan transformasi dilaksanakan dan setiap

bulan selepas enam bulan transformasi

dilaksanakan. Pengerusi Teras Strategik

bertanggungjawab ke atas pelaksanaan inisiatif

dari hari ke hari (

day to day implementation

) dan

mengemukakan laporan kepada Sekretariat

Transformasi setiap minggu.

Tahap penerimaan warga JPA juga adalah

input yang penting kepada pihak pengurusan

dalam merangka pendekatan terbaik dalam

melaksanakan inisiatif transformasi. Langkah-

langkah pemantapan mahu pun pembetulan

dapat dilaksanakan dengan tepat bagi

memastikan warga JPA sentiasa komited dan

bergerak seiring dengan perubahan yang dibawa

oleh transformasi. Bagi memantau penerimaan

warga organisasi, kajian persepsi perlu

dilaksanakan secara berkala. Siri pertama kajian

telah dilaksanakan tiga bulan selepas

transformasi diperkenalkan kepada seluruh

warga JPA, iaitu pada bulan Ogos 2013. Ini

diikuti pula oleh siri kedua pada bulan Disember

2013.

Pengurusan

JPA

kemudiannya

memutuskan supaya tahap penerimaan warga

JPA dipantau setiap suku tahunan bagi

memastikan semangat transformasi kekal subur

di hati warga organisasi.

Penilaian keperluan serta kajian

perbandingan dan penandaarasan wajar

dilaksanakan bagi mengenal pasti masalah yang

dihadapi oleh rakyat dan warga organisasi.

Setiap inisiatif yang dilaksanakan perlu menepati

kehendak rakyat dan warga organisasi.

Pertimbangan kepada keperluan rakyat dan

warga organisasi menentukan keberkesanan dan

keberhasilan sesuatu inisiatif.

Terdapat dua bentuk pemantauan yang

perlu dilaksanakan oleh agensi : (i) pemantauan

pelaksanaan transformasi; dan (ii) pemantauan

keterlibatan

warga

dalam

transformasi.

Pemantauan

pelaksanaan

adalah

bagi

memastikan semua program dan aktiviti,

terutamanya yang telah dikenal pasti sebagai

aktiviti

quick-wins

, dilaksanakan mengikut

perancangan. Pemantauan ke atas warga

organisasi pula adalah bertujuan meninjau dan

mengukur tahap sokongan dan reaksi warga

terhadap perubahan yang dibawa dalam

organisasi.

Bagi pemantauan pelaksanaan, ketua-

ketua bahagian atau unit yang diberi

tanggungjawab mengetuai sesuatu teras, perlu

melaporkan kepada Jawatankuasa Pelaksana

Transformasi secara berkala. Tempoh masa

yang dicadangkan adalah setiap dua minggu di

awal pelaksanaan, dan setiap bulan apabila

pelaksanaan transformasi telah stabil dan lancar.

Untuk tujuan pemantauan keterlibatan

warga, satu kaji selidik mudah yang dijalankan

secara berkala

adalah

memadai

bagi

mendapatkan input mengenai tahap sokongan

dan keterlibatan warga. Adalah dijangkakan

bahawa tahap sokongan dan keterlibatan adalah

rendah dan negatif di peringkat awal perubahan

diperkenalkan. Namun selepas beberapa bulan

pelaksanaan, tahap sokongan akan meningkat

hasil daripada peningkatan kefahaman dan