

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
10
Dalam penyediaan Pelan Transformasi, antara
dokumen utama yang menjadi rujukan ialah
Pelan Strategik Organisasi (PSO) dan Bajet
Berasaskan Keberhasilan (
Outcome Based
Budgeting -
OBB). Pelan transformasi ini perlu
dijajarkan dengan PSO dan OBB mengikut
aspirasi agensi. Aspirasi agensi menyentuh
elemen penting seperti sumber manusia, struktur
organisasi, proses dan teknologi yang diperlukan
bagi mencapai matlamat agensi menerusi usaha
transformasi. Oleh itu, pelan transformasi
memberikan pendekatan sistematik menerusi
kerangka kerja perkhidmatan awam bagi
menyokong bukan sahaja kejayaan agensi tetapi
juga pembangunan warga agensi.
Penyediaan Pelan Transformasi Agensi Melibatkan Penjajaran Dokumen Agensi
Seperti PSO dan OBB