

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
8
Kejayaan
transformasi
perkhidmatan
awam memerlukan komitmen yang tinggi dan
penglibatan yang aktif daripada semua pihak
yang
berkepentingan
untuk
membentuk
momentum
transformasi
yang
memberangsangkan
dan
berterusan.
Transformasi bukan hanya terletak di bahu
sesuatu pihak semata-mata. Usaha menjayakan
transformasi harus membabitkan pelbagai pihak
bagi membentuk dinamisme perubahan yang
diharapkan. Pembudayaan nilai-nilai murni
termasuk patriotisme, etos dan integriti mampu
merubah penampilan, sikap, paradigma, tingkah
laku dan kebiasaan diri supaya penjawat awam
dapat bersaing dan membentuk perkhidmatan
awam yang inovatif, kreatif dan produktif.
Transformasi yang dimaksudkan terletak pada
perubahan yang holistik supaya keberhasilan
transformasi dapat menzahirkan impak yang
berskala luas bagi menjayakan wawasan negara.
Oleh yang demikian, transformasi perkhidmatan
awam hendaklah membawa perubahan daripada
keadaan semasa kepada pembaharuan yang
lebih cemerlang.
Perubahan Ekspektasi Rakyat Terhadap Perkhidmatan Awam Masa Hadapan