

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
7
ransformasi merujuk kepada perubahan
bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan.
Dari
segi
konteks
transformasi
perkhidmatan awam, perubahan ini
melibatkan tindakan, sifat dan persekitaran yang
berlaku secara tersusun dan bertahap mengikut
perancangan yang ditetapkan dalam usaha untuk
mencapai keberhasilan strategik. Transformasi
perkhidmatan awam adalah sejajar dengan visi
dan misi kerajaan bagi mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020. Pembaharuan
kepada perkhidmatan awam penting bagi
memastikan rakyat mendapat manfaat menerusi
pencapaian keberhasilan yang berimpak tinggi.
Perkhidmatan awam yang berprestasi
tinggi memerlukan penjawat awam yang
responsif kepada keperluan Kerajaan dan
kehendak
rakyat.
Penjawat
awam
bertanggungjawab untuk menggubal dasar bagi
menterjemah visi Kerajaan dan menerajui
pelaksanaan dasar tersebut seperti mana yang
dihasratkan rakyat. Mereka harus memenuhi
kehendak pelanggan (Kerajaan dan rakyat) dan
meningkatkan akauntabiliti dalam setiap tindakan
yang diambil. Penjawat awam tidak boleh lagi
melihat hanya kepada keadaan semasa. Mereka
perlu
menjangka
keperluan
dan
mempertimbangkan
impak
sosio-ekonomi
melangkaui generasi. Oleh itu, perkhidmatan
awam harus berpaksi kepada keberhasilan dan
bukan hanya kepada input semata-mata.
Menerusi pengukuran prestasi dan sistem
pengurusan program, perkhidmatan awam akan
dapat menambah nilai agar lebih cemerlang.
Transformasi
adalah
penting
bagi
memastikan
perkhidmatan
awam
dapat
menyesuaikan diri dan sentiasa berubah dengan
cepat sejajar dengan keadaan semasa bagi
mewujudkan
nilai
dalam
perkhidmatan.
Penjawat awam selaku penggerak utama
perkhidmatan awam perlu kekal relevan dengan
menjadi lebih responsif kepada perubahan
persekitaran dan kehendak rakyat. Mereka
hendaklah meningkatkan keupayaan supaya
dapat menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan berkesan melalui jaringan kerja yang
kukuh dan melibatkan pelbagai pihak.
Jika sebelum ini, Kerajaan bertindak
sebagai pihak yang mengetahui segalanya
(
Government knows best
), namun keadaan
sekarang memerlukan kepada pentadbiran yang
mendengar idea, pandangan dan cadangan
daripada rakyat dari setiap lapisan masyarakat.
Kerajaan dan agensi-agensi bukan lagi pihak
mentadbir untuk rakyat, tetapi bersama rakyat
mentadbir negara. Agensi Kerajaan tidak lagi
hanya bertanggungjawab kepada bidang masing-
masing, bahkan perlu berganding bersama-sama
menyampaikan perkhidmatan kepada yang
memerlukan. Perkhidmatan awam bukan lagi
pihak yang menyediakan perkhidmatan dan
menyampaikannya kepada rakyat, tetapi
bertindak sebagai pemudah cara dalam
memastikan
rakyat
mendapat
produk
perkhidmatan yang dijanjikan. Fokus sekarang
ialah kepada impak dan keberhasilan
perkhidmatan yang disampaikan. Input dan
proses akan menjadi tidak relevan sekiranya
impak yang diharapkan tidak kesampaian.
T
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TRANSFORMASI?