

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
6
Selaras dengan hasrat Dasar Transformasi
Negara bagi menuju ke arah status sebuah
negara maju berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020, JPA telah diberi mandat untuk
menerajui transformasi perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) semasa
berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan
Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada 11 Mac
2013 menyatakan bahawa paradigma baru
dalam konteks transformasi negara menuntut
supaya perkhidmatan awam perlu lebih anjal
atau
fleksibel
dalam
menyampaikan
perkhidmatan kepada rakyat. Sehubungan itu,
beliau mengumumkan bahawa transformasi
dimulakan dengan dua agensi utama kerajaan
iaitu JPA dan Kementerian Kewangan bagi
memastikan perkhidmatan awam kekal relevan
dan terunggul.
Langkah
permulaan
transformasi
melibatkan pembentangan draf Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA)
kepada Pengarah-Pengarah Bahagian dan
warga JPA pada 3 Mei 2013. Draf KTPA yang
telah dimurnikan hasil daripada maklum balas ke
atas pembentangan tersebut telah dibentangkan
kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor
Awam (JKK-MPGSA) pada 16 Julai 2013.
Berdasarkan kelulusan JKK-MPGSA, draf KTPA
ini telah dibentangkan kepada Ketua-Ketua
Setiausaha (KSU) Kementerian dan Setiausaha-
Setiausaha Kerajan Negeri (SUK) pada 26 Julai
2013, diikuti dengan pembentangan kepada
Mesyuarat Ketua Setiausaha – Ketua
Perkhidmatan (KSU-KP) pada 10 September
2013. Keterangkuman pelbagai pihak penting
bagi memastikan perkhidmatan awam terus
berdaya saing, menjana nilai dan sentiasa
relevan.
Semasa pembentangan Bajet 2014 pada
25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri
menegaskan
bahawa
Kerajaan
akan
melaksanakan pelan transformasi di setiap
kementerian
bagi
meningkatkan
sistem
penyampaian perkhidmatan supaya kekal
relevan. Susulan daripada itu, Mesyuarat Ketua
Setiausaha – Ketua Perkhidmatan (KSU-KP)
pada 4 Februari 2014 telah memutuskan bahawa
setiap kementerian/agensi Kerajaan hendaklah
mengambil inisiatif untuk memulakan langkah
transformasi kementerian/agensi masing-masing
di mana setiap kementerian dan agensi boleh
tampil secara sukarela untuk membentangkan
pelan transformasi masing-masing dalam
mesyuarat tersebut yang akan datang.
Keputusan ini telah ditegaskan sekali lagi di
mesyuarat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(KPPA) bersama KSU dan SUK pada 4 Mac
2014.
KRONOLOGI