Table of Contents Table of Contents
Previous Page  69 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 69 / 96 Next Page
Page Background

dikendalikan oleh

Summer Institute of Linguistics (SIL International)

dan

Internet World Stats,

sebuah agensi antarabangsa dan pusat rujukan

komprehensif bahasa dalam talian, Bahasa Melayu kini diangkat sebagai

bahasa kelima terbesar di dunia dengan lebih 300 juta penutur.

Pengajian Melayu juga dipelajari oleh berbagai-bagai bangsa di pelbagai

pusat pengajian tinggi di dunia, baik di benua timur atau barat. Saya

difahamkan, terdapat lebih 31 buah negara dengan 117 buah pusat

pengajian Melayu di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Jerman,

Belanda, Britain, Kanada, Perancis, China, Korea, Jepun dan Russia.

Hakikat yang ingin saya sampaikan di sini, tidakkah kita berbangga dengan

bahasa kebangsaan kita? Bahasa yang kita pertuturkan di bumi Malaysia ini

turut sama bergema di di tempat yang berada nun jauh dari Malaysia.

Usaha untuk memperkasa Bahasa Melayu pastinya berhadapan dengan

cabarannya tersendiri. Semua sedia maklum bahawa Bahasa Melayu kaya

dengan pelbagai nilai korpus ilmu, namun penguasaan bahasa lain seperti

bahasa Inggeris serta bahasa asing yang lain pula tidak boleh dinafikan

dalam usaha mendalami lautan ilmu seiring dengan keperluan dan realiti

masa kini.

Kerancuan dalam dasar globalisasi telah menularkan fenomena bahasa

rojak apabila pelbagai pihak gemar mencampur-adukkan bahasa,

meringkaskan ejaan dan pelbagai kesalahan yang dilakukan atas nama

‘pemodenan dan trend semasa’. Perkara ini seharusnya dipandang serius

dan ditangani segera. Justeru itu, sebagai Munsyi Muda Bahasa yang telah

dan akan terus diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam

segenap agensi, harus memainkan peranan yang lebih aktif dengan

menghasilkan inisiatif kebahasaan yang kreatif secara usaha sama

inter-agensi yang berimpak tinggi dalam Perkhidmatan Awam.

Pendeta Za’ba, pejuang bahasa dan persuratan Melayu yang mendapat

jolokan Bapa Bahasa Melayu Moden pernah berkata, bahawa “bahasa

mencerminkan keunggulan budaya dan jati diri kita”. Dan atas sebab itu,

kita perlu memelihara dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita ini.

Selain itu, agensi-agensi Kerajaan boleh melaksanakan langkah untuk

mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui buku serta sastera tempatan

dengan mengetengahkan koleksi besar yang diyakini mampu menarik

minat penerbit luar untuk menterjemahkannya ke pelbagai bahasa dunia.

64