

PERASMIAN PENUTUPAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN
SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM 2017
16 NOVEMBER 2017
AUDITORIUM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
P
ertama-tama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah atas
penganugerahan Ikon Pejuang Bahasa Perkhidmatan Awam 2017,
pelantikan seramai 21 orang Munsyi Muda Bahasa Siri 1 Tahun 2017 dan
kepada para pemenang Pertandingan Gegar Pidato. Penganugerahan dan
pelantikan ini sungguh signifikan kerana ia merupakan satu perlambangan
bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam amat serius dalam usaha
memartabatkan bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Semoga
dengan penganugerahan dan pelantikan ini, semangat untuk
memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia semakin marak menyala
dan usaha berterusan terus dirangka dan dijana.
Saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada
semua Jawatankuasa yang terlibat merangkumi pelbagai Kementerian dan
Jabatan atas penganjuran Sasana Bahasa. Segalanya ini tidak akan terhasil
tanpa komitmen dan kerjasama yang padu daripada setiap jawatankuasa
kerja yang terlibat.
Atas semangat jati diri dan cintakan bahasa, penjawat awam dari pelbagai
agensi telah hadir bersama memikul tanggungjawab besar ini. Sebahagian
daripadanya mempamerkan usaha kreatif dengan mempersembahkan
pelbagai seni budaya Melayu yang telah menjulang nilai Bahasa
Kebangsaan kita yang sememangnya kaya dengan perkataan dan
peribahasa yang indah dan penuh berlapik makna.
‘Bahasa Jiwa Bangsa’ merupakan tema sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan Tahun 2017. Tema ini dipilih bagi mempertingkat kesedaran
akan peri pentingnya bahasa dalam pembangunan tamadun bangsa.
Justeru apabila setiap bulan Oktober kita meraikan Bulan Bahasa
Kebangsaan, natijah yang ingin dicapai adalah untuk memantapkan,
memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia
melalui rasa megah terhadap Bahasa Kebangsaan, mengeratkan
danmemperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan dan
60