

menyedarkan semua pihak akan peri pentingnya mengekalkan dan
menyuburkan elemen jati diri ini. JPA sebagai Jawatankuasa Kecil
Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam harus
meneruskan tradisi program kebahasaan seperti pidato, pantun, syair,
puisi, gurindam, tarian tradisional dan debat agar generasi muda yang
bakal mewarisi teraju kepimpinan tidak lupa berpijak atas rumput nan hijau
tatkala cuba menggapai bintang di langit.
Kerana itu kita, sebagai rakyat Malaysia, dalam mengejar kemajuan, tidak
harus lupa kesantunan kita. Nenek moyang kita dahulu cukup terkenal
dengan kesantunan dan kesopanan ketika bertutur. Sesuatu hajat dan
keinginan disampaikan secara berselindung dan berlapik melalui untaian
kata yang dilafazkan. Namun, dalam kelembutan ada ketegasan. Dalam
ketegasan terselit pendirian. Setiap butir bicara dilafazkan dengan penuh
hikmah. Demikianlah peranan bahasa dalam kehidupan seharian.
Justeru marilah kita Biasakan Yang Betul Dan Betulkan Yang Biasa. Melalui
paparan Info Pugar Bahasa oleh Jabatan ini dan Peka Bahasa oleh DBP,
Munsyi Muda Bahasa JPA dan penggiat bahasa tidak jemu-jemu mendanai
banyak inisiatif penggunaan kosa kata dan ejaan yang betul lantas kini,
menghasilkan sebuah lagi naskah kebahasaan Perkhidmatan Awam, Karya
Sasana Bahasa, yang akan dimanfaatkan oleh penjawat awam yang lain.
Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan Bahasa Melayu, ilmu
kesusasteraan dan pengetahuan Melayu tidak pernah dimonopoli atau
menjadi hak milik eksklusif orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu
telah turut diperkaya oleh para sarjana luar negara dari segenap pelosok
dunia sejak awal abad ke-20 lagi. Menurut sejarah Melayu, kehebatan
Melaka dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan tidak hanya
disumbangkan oleh para cerdik pandai Melayu sahaja, tetapi juga turut
diangkat tarafnya oleh orang Arab, India Muslim, orang Parsi serta China.
Merekalah antara orang perantara yang bertanggungjawab menyebarkan
Bahasa Melayu ke seluruh Nusantara sehingga menjadikan Bahasa Melayu
unggul di rantau Asia Tenggara.
Bahasa Melayu hari ini merupakan antara bahasa utama yang paling banyak
dipertuturkan di seluruh dunia. Menurut
Ethnologue: Languages of the
World
, sebuah pusat rujukan komprehensif bahasa dalam talian yang
63