Table of Contents Table of Contents
Previous Page  67 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 67 / 96 Next Page
Page Background

Keseriusan ini jelas terbukti semasa Ekspresi Negaraku yang dilaungkan

oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya yang mana dua aspek

ditekankan oleh YAB dalam penggubalan Transformasi Nasional 2050 iaitu

nilai murni dan

patriotisme

. Bagi merealisasikan gagasan ideologi ini,

bahasa Melayu dilihat mampu menjadi wahana yang meningkatkan

kesantunan pekerti dan semangat cintakan negara atas sifatnya sebagai

bahasa perpaduan bangsa. Oleh itu, penjawat awam seharusnya bersyukur

dengan usaha pemartabatan bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam tanpa menafikan kepentingan mempelajari

bahasa lain sebagai nilai tambah kepada keintelektualan mentadbir urus

organisasi ke arah pembangunan negara.

Selain daripada itu, Bahasa Melayu juga merupakan lambang jati diri

bangsa dan cerminan budaya. Dalam konteks ini, saya suka memetik

antologi Cakar Nanar oleh Sasterawan Negara Datuk Ahmad Khamal

Abdullah yang melafazkan:

Ungkapan bait-bait syair tersebut sebenarnya secara halus menjentik realiti

kehidupan era ini. Di saat kita bangga menjadi rakyat Malaysia yang

bernaung di bawah satu perlembagaan yang jangkap dan lestari, namun

tanpa sedar kita telah mencabar keutuhan bahasa Melayu walaupun kita

semua tahu bahawa bahasa Melayu telah termaktub kukuh dalam Perkara

152 Perlembagaan Malaysia yang dipateri oleh Perkara 159(5) yang

memperuntukkan segala perubahan ialah melalui perkenan Majlis

Raja-Raja.

Bagaimana kita mencabar keutuhan bahasa Kebangsaan? Tanpa sedar

mahupun dalam sedar kita memperlekehkan usaha murni Dewan Bahasa

dan Pustaka malah rakan-rakan penjawat awam yang melaksanakan

pelbagai inisiatif yang kreatif berasaskan bahasa Melayu ke arah

62

Orang tua bernama bahasa, di sudut sebuah kota ternama, di

belakang sebuah menara, yang terkenal di dunia, ditinggalkan

sedikit kawasan, kawasan belas ihsan.