

58
Maka, amalan kesepaduan seperti Aur Dengan Tebing bersama Kerajaan
Yang Memerintah adalah menjadi wadah utama yang patut dipertahankan.
Kepekaan kepada fakta yang benar, pencapaian yang terbukti hendaklah
dijadikan asas kepada pembentukan minda yang positif. Jangan sesekali
mudah mendengar dan menerima apa jua dakyah atau omongan tidak
berasas oleh pihak tertentu.
Harapan yang menggunung oleh Kerajaan terhadap perkhidmatan awam
digambarkan oleh YAB Perdana Menteri semasa dalam ucapannya semasa
MAPPA Ke:15 menyatakan bahawa “pengukuhan dan pemerkasaan
perkhidmatan awam harus tertumpu dengan menjadikan perkhidmatan
awam lebih berfokus kepada rakyat, inklusif dengan penyertaan komuniti
dan berbudaya kerja serta perkhidmatan
‘par excellence’
, selain
mempunyai nilai murni yang membawa kepada keutuhan organisasi”.
Dalam konteks yang sama, suka saya menegaskan bahawa YBhg Tan Sri Dr.
KSN sendiri telah memperkenalkan konsep merakyatkan perkhidmatan
awam yang beliau menekankan bahawa keadah penyampaian itu bukan
sahaja dari aspek fizikal tetapi meliputi cara dan nilai penyampaian kepada
rakyat. Maka itu elemen sentuhan kemanusiaan
(the humane)
dengan
amalan
search and rescue
boleh menyakinkan bahawa Kerajaan
mengutamakan kemaslahatan rakyat.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada INTAN
yang telah merancang, membentuk dan menyediakan modul latihan yang
komprehensif bagi mempersiapkan pegawai PTD muda dengan kebolehan
intelektual dan kompetensi yang tinggi.