

mengakibatkan berlakunya masalah birokrasi yang keterlaluan. Jadikan
tahun 2017 ini sebagai
“year of delivery”
dan fokus kepada perkhidmatan
kerajaan untuk rakyat, projek untuk rakyat, kebajikan untuk rakyat, latihan
untuk rakyat, penambahan nilai untuk rakyat dan segalanya untuk rakyat.
Saya percaya jika
mindset
kita ke arah
delivery
, kita boleh dan akan
menjadikan tahun 2017 ini sebagai tahun yang berjaya.
Dalam Perkhidmatan Awam, aspek integriti sering kali dikaitkan dengan
frasa “Saya Yang Menurut Perintah” atau “SYMP”.
“SYMP” bukanlah bermaksud kita menurut perintah secara semborono dan
membuta tuli atau
“Yes Boss”
. Frasa “SYMP” ini menuntut kita untuk
sentiasa mengakui bahawa sebarang perkataan dan tindakan kita
sebenarnya tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah pun
ditetapkan oleh Yang Di Pertuan Agong di bawah Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa pekeliling perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Saya amat berharap para pegawai muda di hadapan saya ini, akan terus
menjunjung tinggi amanah yang diberikan. Barangkali selepas ini ada
dalam kalangan saudara-saudari yang akan ditempatkan sebagai pegawai
di tempat-tempat yang strategik atau jawatan-jawatan yang ‘panas’ atau
sensitif seperti bahagian perolehan, pembangunan, pengeluaran permit,
penolong pegawai daerah dan sebagainya.
Jawatan-jawatan ini adalah merupakan amanah Kerajaan kepada
saudara-saudari. Sekali sahaja saudara-saudari mengkhianatinya, maka
selama-lamanya orang tidak akan percaya kepada kita dan Perkhidmatan
Awam turut tercalar reputasinya. Maka, jangan sekali-kali khianati amanah
ini.
Selain itu, dunia tanpa sempadan pada masa ini telah memungkinkan
pelbagai maklumat diperolehi dihujung cari. Sekiranya kita tidak pandai
untuk menapis informasi ini, maka kita boleh dipengaruhi dan membuat
pelbagai andaian. Kita juga sebagai penjawat awam perlu menjaga etika
dalam menggunakan ruang siber ini.
27