

S
eharusnya saudara saudari bersyukur dan bersama-sama
membuktikan bahawa saudara saudari relevan kerana telah berada di
dalam perkhidmatan ini. Proses pembangunan yang telah saudara saudari
lalui dalam program TAPS sebelum ini merupakan satu pembelajaran
dalam kehidupan yang tidak semua calon dapat melaluinya. Dan dengan
pengalaman dan proses pembangunan tersebut, besar harapan
stakeholders untuk mereka lihat pegawai-pegawai mereka menjadi lebih
versatile dan dinamik serta memiliki pengalaman dan pengetahuan yang
amat luas, berbanding pegawai-pegawai lain.
Di bahu saudara-saudari bukan sahaja tergalas amanah dan
tanggungjawab yang tinggi dan berat, malah saudara-saudari juga
membawa kecemerlangan nama Perkhidmatan Awam yang menjadi pilihan
untuk disertai oleh graduan-graduan. Saudara saudari diharap akan
sentiasa menyinar dan memiliki nilai estetika dan sahsiah yang tinggi dan
menjadi aset kementerian / jabatan masing-masing.
SESI INTERAKSI YBHG. DATO’ SRI KETUA PENGARAH
PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA BEKAS PESERTA PROGRAM
TALENT ACCELERATION IN THE PUBLIC SERVICE (TAPS) YANG
DILANTIK KE PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
24 MAC 2017
DEWAN MEZZANINE, JPA
21