

dapat dilaksanakan dengan mudah. Minat ini boleh diterapkan dalam diri
seseorang dengan memikirkan manfaat yang akan diberikan kepada diri
sendiri dan masyarakat dalam menjalankan tugas, di samping ganjaran
yang akan diperoleh di akhirat kelak, Insya Allah.
Kedua, sentiasa memperbaiki diri dan tidak berputus asa. Kita perlu
sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita tidak kira walau apa pun
pangkat kita. Belajarlah selagi boleh. Kita perlu ingat, tiada keajaiban
dalam mencapai kejayaan. Dalam membuat apa juga perkara atau
pekerjaan, berhadapan dengan cabaran adalah menjadi perkara yang biasa
dan lumrah. Sikap tidak cepat berputus asa, cekal dan sanggup bersusah
payah adalah perlu dalam diri untuk mencapai kejayaan. Bak kata
cendekiawan, “Tidak ada laut yang luas, lurah yang dalam, bukit yang
tinggi, dan jalan yang susah bagi orang yang mahu. Hanya orang yang
malas dan putus asa juga selalu keciciran”. Ingatlah, segalanya memerlukan
usaha, pengorbanan dan ketekunan.
Ketiga, berani menghadapi kegagalan. Berani tidak bererti tidak berasa
takut menghadapi bahaya atau tidak gentar menghadapi sesuatu. Seorang
bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh
ketika berlatih berjalan. Seorang penunggang basikal akan cepat bangun
apabila terjatuh jika sebelum itu dia sudah biasa terjatuh, berbanding
dengan seseorang yang sebelum itu tidak pernah jatuh. Orang yang takut
menerima teguran atau pembetulan tidak akan mencapai kejayaan yang
sebenar. Gagal sekali tidak bermakna terus menerus gagal.
Kadang-kadang, kegagalan merupakan guru yang paling berguna bagi
seseorang untuk terus memperbaiki diri dan mencapai kecemerlangan.
Keempat, berpandangan jauh. Apabila seseorang itu berpandangan jauh,
mereka akan berusaha dengan lebih gigih lagi dan akan tersisiplah pula
matlamat dalam dirinya. Kewujudan matlamat ini akan menyebabkan kita
lebih tahu arah tujuan dan ruang lingkup sebenar hidup. Seterusnya, kita
akan menggunakan ilmu ke arah kebaikan diri sendiri, keluarga dan negara.
Kelima, berdisiplin. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai
satu sistem hidup yang ditetapkan oleh sesuatu kumpulan atau badan
untuk wujudkan suasana yang teratur dan tenteram supaya perkhidmatan
yang memuaskan diperoleh daripada anggota-anggota kumpulan itu.
Disiplin yang tinggi dalam diri akan memberikan atau membuahkan hasil
17