Table of Contents Table of Contents
Previous Page  25 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 25 / 96 Next Page
Page Background

20

Saya ingin menegaskan di sini bahawa penjawat awam dan pesara Kerajaan

adalah dilarang sama sekali membuat sebarang kenyataan yang boleh

dianggap membocorkan rahsia Kerajaan. Tindakan ini boleh

mendatangkan fitnah dan memberikan persepsi buruk terhadap Kerajaan.

Secara tidak langsung, ianya menjejaskan perpaduan dan keharmonian

negara yang telah dicapai sehingga hari ini.

Wanita sejak zaman berzaman merupakan sumber inspirasi, pendokong

kejayaan dan turut bersama menjadi peneraju di samping kaum lelaki

dalam apa jua lapangan, sama ada keluarga, masyarakat dan negara.

Bangkitlah dengan keyakinan, kewibawaan dan senyuman bahawa anda

Wanita, PUSPANITA adalah aset hebat negara ini. Sebagai mengakhiri

ucapan, ingin saya membawa saudari semua kembali kepada nama-nama

yang telah saya sebutkan tadi dan ingatlah, tidak mustahil saudari-saudari

juga mampu menjadi seperti mereka suatu hari nanti.