Table of Contents Table of Contents
Previous Page  27 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 27 / 96 Next Page
Page Background

Di kala keadaan dunia masa kini yang mengalami perubahan pesat, baik

dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik, kita sebagai penjawat

awam perlu juga berubah, menambah baik dan tidak leka dengan

pencapaian semasa.

Tidak kira apa peringkat pengurusan atau gred kita berada, kita perlu

berfikir secara inovatif dalam menghasilkan pendekatan kreatif untuk

memudahkan urusan kerja, memudahkan rakyat dan pada masa sama,

meningkatkan produktiviti.

Sebagai pegawai Perkhidmatan Awam, sumbangan kita kepada

masyarakat tidak ternilai dalam menyumbang kepada peningkatan

produktiviti seterusnya pertumbuhan ekonomi negara.

Kita patut bersyukur. Kerajaan kita telah meluluskan pelbagai insentif dan

penambahbaikan kepada perkhidmatan awam. Janganlah kita menangguk

di air keruh, melemparkan kritikan bersama-sama dengan mereka yang

tidak bertanggungjawab, bahawa Kerajaan tidak prihatin dan tidak

menjaga kebajikan penjawat awam.

Fenomena penjawat awam mengkritik Kerajaan menjadi-jadi kebelakangan

ini, termasuklah yang melibatkan pesara kerajaan. Pada pandangan saya,

sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran atau

perkhidmatan awam, sepatutnya kita mengambil langkah menambah baik

sewaktu kita masih lagi berkhidmat. Kalau ada kekurangan pun,

sebenarnya kita juga bertanggungjawab semasa kita masih dalam

perkhidmatan kerana kekurangan itu berlaku sebelum kita bersara.

TN50, atau Transformasi Nasional 2050, merupakan satu inisiatif

pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif

ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun,

yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa

persediaan dari tahun 2017 hingga 2019. Matlamat dan sasaran yang

digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun

2020.

22