Table of Contents Table of Contents
Previous Page  24 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 24 / 96 Next Page
Page Background

mengeratkan kerjasama pelbagai pihak semasa melaksanakan aktiviti. Saya

menghargai kebolehan PUSPANITA Cawangan Kecil JPA yang mampu

melaksanakan pelbagai program dengan jayanya walaupun dalam keadaan

peruntukan yang minimum dan kesibukan menunaikan tanggungjawab

hakiki sebagai penjawat awam.

Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai isteri,

ibu, serta penjawat awam, penjagaan kesihatan perlu dititikberatkan untuk

mengekalkan kecekapan dan produktiviti dalam apa sahaja yang dilakukan.

Tanpa penjagaan kesihatan yang baik dan berkualiti, bukan sahaja

kehidupan saudari dan keluarga malah masyarakat dan pentadbiran negara

akan turut terjejas dengan hilangnya kekuatan fizikal untuk melaksanakan

aktiviti dan tugasan yang diberi di tempat kerja.

Selain kesihatan fizikal, kesihatan mental juga penting dalam membentuk

individu sihat. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian seorang ibu

yang menyembelih bayinya sendiri. Kita memahami, bahawa wanita

mempunyai tanggungjawab dan peranan yang berat baik di rumah ataupun

di tempat kerja. Justeru, para wanita memerlukan sokongan padu daripada

orang di sekeliling. Jika saudari mempunyai masalah, carilah bantuan,

luahkan dan jangan disimpan. Di sini ahli PUSPANITA boleh juga

berperanan sebagai rakan yang memberi nasihat atau sokongan psikologi

kepada rakan sekerja supaya terus kuat dan stabil mindanya.

Jika masih ada sebarang masalah atau bebanan yang tidak tertanggung,

ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil JPA boleh mendapatkan bantuan

profesional daripada pegawai psikologi dan kaunseling daripada Bahagian

Pengurusan Psikologi. Saya menyeru supaya ahli-ahli PUSPANITA

Cawangan Kecil JPA turut menyertai program-program sukan dan kesihatan

yang dianjurkan sama ada oleh JPA atau lain-lain agensi untuk membentuk

fizikal dan minda yang sihat.

Mutakhir ini, terdapat segelintir penjawat awam dan pesara Kerajaan yang

suka memuat naik status dan komen mengenai Kerajaan melalui pelbagai

aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan Twitter.

Perlu diingat, penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Akta Rahsia Rasmi 1972

walaupun telah bersara.

19