

yang baik di mana kita dapat mengatur hidup dengan baik sekaligus
mencapai apa yang diimpikan oleh kita.
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tahun 2017 merupakan
“Tahun Penyampaian” atau
“the year of delivery”
. Kita perlu
mengutamakan amalan kerja terbaik sebagai cerminan kepada
kewibawaan perkhidmatan awam. Sebagai penjawat awam, kita perlu fokus
kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan mengikis
pemikiran untuk bekerja secara berasingan atau
‘silo’
.
Sesi
‘engagement’
bagi Transformasi Nasional 2050 atau TN50 juga telah
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari yang lalu. TN50
merupakan dasar jangka panjang yang akan dirangka berdasarkan aspirasi
generasi muda hari ini dan menjadi landasan kita menuju tahun 2050.
Golongan wanita turut tidak terkecuali sebagai salah satu fokus utama
dalam pelan TN50. Sama ada kita sedar atau tidak, wanita mempunyai
peranan yang besar untuk membentuk generasi akan datang bagi
merealisasikan TN50 ini. Bermula sebagai seorang ibu, wanitalah yang
membentuk anak-anak generasi sekarang menjadi pendokong aspirasi
TN50 ini.
Saya berharap setiap program PUSPANITA dilaksanakan secara Strategi
Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS dengan melibatkan kerjasama dari
pelbagai pihak dan menerapkan mesej “Negaraku Malaysia”. Selain
daripada mengurangkan perbelanjaan, strategi NBOS juga dapat
18
“No country
can ever truly
flourish if it
stifles the potential of
its women and
deprives itself of the
contributions of half
of its citizens”
- Michelle Obama