Table of Contents Table of Contents
Previous Page  21 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 96 Next Page
Page Background

Wanita perlu lebih berani dan yakin dengan diri sendiri, keluar dari

kepompong kebiasaan sebelum ini untuk lebih berjaya.

Jadikan tokoh-tokoh seperti Saiditina Siti Khadijah, Siti Aisyah, Tun

Fatimah, Cik Siti Wan Kembang, Tun Fatimah Hashim, Tan Sri Aishah Ghani

dan Dato’ Dr. Zurinah Hassan sebagai contoh kerana mereka adalah antara

nama besar wanita yang telah berjasa kepada pembangunan negara dan

masyarakat di zamannya. Mereka ini mempunyai ketokohan, kekuatan dan

keyakinan diri yang tiada tolok bandingnya.

Tuntutan kepada anggota Perkhidmatan Awam pada masa kini bukanlah

sesuatu yang boleh dipandang secara remeh sahaja. Ini adalah kerana

desakan perkembangan dunia amat mementingkan anggota perkhidmatan

awam yang berilmu. Ini tidak terhad kepada kelulusan akademik

semata-mata, sebaliknya pengetahuan dan kemahiran juga amat

diperlukan. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berusaha untuk

meningkatkan prestasi dengan mengambil peluang yang ada untuk

memperluaskan lagi ilmu serta dapat mengadaptasikan diri terhadap

perubahan yang berlaku di dalam organisasi dan juga di persekitaran.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi 5 perkara yang

diperlukan untuk berjaya dalam sesuatu usaha. Pertama, untuk berjaya, kita

perlukan minat atau

passion

. Minat seseorang kepada sesuatu perkara

mampu membawa dia ke tahap yang tidak terbayang sebelumnya.

Sekiranya kita mempunyai

passion

untuk bekerja, maka segala perkara

16

“If you want

something

said, ask a man; if

you want something

done, ask a woman”

- Margaret Thatcher