

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang.
Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50,
YAB Perdana Menteri telah memberi mandat kepada Kementerian Belia
dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbicangan
TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk
mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi
termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.
Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang
berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan
dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan
pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.
Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) adalah satu konsep yang perlu
dipupuk oleh semua penjawat awam untuk memastikan penyampaian
kerajaan menetapi keperluan, kehendak dan aspirasi rakyat. YBhg. Tan Sri
Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara memperkenalkan Konsep
Merakyatkan Perkhidmatan Awam dengan harapan agar setiap penjawat
awam menyedari bahawa mereka adalah sebahagian daripada rakyat dan
sesungguhnya lebih berupaya memahami kehendak dan aspirasi rakyat.
Suka juga saya memetik mesej YAB Perdana Menteri pada awal tahun 2017
ini yang telah mengumumkan tahun 2017 sebagai tahun
“year of delivery”
iaitu kita mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan
langkah-langkah yang telah kita tentukan untuk kesejahteraan dan
kebajikan rakyat serta negara. Ini harus dijadikan sebagai bidang
keutamaan dan fokus kita pada tahun ini, iaitu
“delivery, delivery, delivery”.
Setiap bahagian harus memainkan peranan masing-masing di mana projek
harus dijalankan, contohnya pemberian BR1M, keselamatan banjir dan
perlu ditegaskan bahawa jangan sesekali mengambil hak rakyat kerana ini
semua adalah hak rakyat. Peruntukan yang dibuat adalah untuk rakyat dan
jika berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan. Selain itu,
penyampaian yang dibuat adalah mengikut jadual dan penyelesaian perlu
dibuat sekiranya terdapat kekangan, halangan atau masalah koordinasi.
Janganlah kita bertindak secara
‘silo’
di mana masing-masing dengan
mengatakan itu hak kita, dan orang lain tidak boleh campur kerana ini akan
25