

S
aya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Datin Sri Nik Hasmah binti Nik Kadir, selaku
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPA serta semua pihak yang terlibat
menjemput saya untuk merasmikan Mesyuarat Agung PUSPANITA
Cawangan Kecil JPA bagi tahun 2017. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk menyampaikan pandangan dan pesanan kepada
semua ahli PUSPANITA yang hadir pada hari ini.
Peradaban Melayu telah mengangkat peranan kaum wanita dalam
memajukan keluarga dan masyarakat. Pepatah Melayu, “Tangan yang
menghayun buaian, mampu menggoncang dunia” sering disebut-sebut. Ia
membawa maksud bahawa dalam lembutnya tangan semasa menghayun
buaian, seorang wanita itu juga “berkuasa” mendidik anak sehingga
mampu menjadi seorang Pemimpin yang bisa menjulang negaranya atau
mungkin juga membuat onar sehingga menggoncang dunia. Agama Islam
juga telah meletakkan kedudukan wanita amat istimewa hinggakan sebuah
surah diperuntukkan khas menceritakan tentang kaum hawa iaitu surah An
Nissa’.
Sesungguhnya, tidak dinafikan wanita mempunyai peranan yang besar dan
penting di dalam membawa negara kita ke peringkat ini baik sebagai
wanita yang bekerja di sektor awam, swasta mahupun mereka yang bekerja
sendiri atau sepenuh masa di rumah. Sebagai seorang lelaki yang sentiasa
disokong oleh wanita daripada kecil, dari ibu saya, guru saya dan isteri saya
juga, maka wajarlah saya mengagumi keunikan kaum hawa yang mampu
memainkan pelbagai peranan dengan baik pada satu-satu masa.
MESYUARAT AGUNG
PUSPANITA
CAWANGAN KECIL
JPA TAHUN 2017
17 MAC 2017
AUDITORIUM JPA
15