C.
PEMANTAPAN SISTEM DAN PROSEDUR
KERJA
PEREKAYASAAN
PROSES DAN
PROSEDUR KERJA
Sistem dan prosedur memainkan peranan
dalam penyampaian perkhidmatan pelanggan
yang lancar, kompeten dan efektif. Sistem yang
cekap akan membantu dalam pencapaian
maklumat yang berkesan. Prosedur yang jelas
akan memudahkan proses kerja, dan seterusnya
mempercepatkan perkhidmatan kepada
pelanggan.
MAMPU menggalakkan agensi-agensi
perkhidmatan awam untuk sentiasa memperbaiki
sistem dan prosedur kerja agar sejajar dengan
permintaan semasa. Untuk ini, empat strategi
untuk memperkasakan sistem dan prosedur kerja
telah digariskan oleh MAMPU, iaitu:
• Merekayasa proses-proses kerja
untuk meningkatkan penyampaian
perkhidmatan
• Mengukuhkan keupayaan agensi
dalammemperkemaskan sistem dan
prosedur kerja
• Mengamalkan dan memperluaskan
amalan terbaik perekayasaan proses
dan prosedur kerja
• Memantau keberkesanan
perekayasaan sistem dan prosedur.
Untuk mencapai perkhidmatan pelanggan
yang cekap, berkualiti, selamat dan mesra,
proses dan prosedur kerja perlu melalui
peringkat perekayasaan
(reengineering)
agar
lebih tumpuan dapat diberikan kepada:
• Projek-projek yang memberi impak tinggi
kepada rakyat
• Penyediaan perkhidmatan elektronik
• Penyediaan pelbagai saluran perkhidmatan
pembayaran, serahan, permohonan,
aduan dan komunikasi secara elektronik
• Pembangunan perkhidmatan secara
mendatar bersama agensi
• Penggunaan amalan terbaik dalam sistem
penyampaian perkhidmatan
• Perkongsian sumber dengan pihak-pihak
berkaitan
Perekayasaan dapat meningkatkan kecekapan
proses dan prosedur kerja dengan:
• Mengurangkan bilangan proses kerja
• Mengurangkan tempoh masa
01
46
1Serve
Panduan Pelaksanaan di Sektor Awam




