

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
3
erkhidmatan awam di seluruh dunia
sedang menghadapi cabaran baharu
dalam bentuk permintaan dan ekspektasi
yang semakin meningkat daripada pelanggan
dan pihak berkepentingan. Cabaran hari ini yang
melangkaui
sempadan
antarabangsa
memerlukan kepada sumber yang besar dan
kepakaran yang tinggi, lebih daripada apa yang
mampu disediakan oleh perkhidmatan awam
sedia ada. Oleh itu, perkhidmatan awam perlu
mengubah struktur organisasi dan proses kerja
dengan mengoptimumkan sumber manusia yang
berkeupayaan dan memanfaatkan kemajuan
sains dan teknologi bagi meningkatkan
kecekapan
dan
keberkesanan
dalam
persekitaran yang sentiasa berubah dan dipenuhi
pelbagai cabaran.
Fenomena globalisasi telah menempatkan
negara-negara di dunia berhadapan dengan
pelbagai cabaran baharu termasuk ekonomi
terbuka, tahap daya saing yang kompetitif,
perubahan dan kemajuan sains dan teknologi
serta persaingan bakat (
talent
). Di Malaysia,
Laporan Model Ekonomi Baru menyatakan
bahawa perubahan yang berlaku pada
persekitaran luar ini menjadikan kebanyakan
dasar dan strategi pada masa sekarang tidak lagi
mampu untuk membawa negara ke peringkat
seterusnya. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai
setakat ini belum lagi dapat memanfaatkan
semua lapisan masyarakat.
Sebagai jentera Kerajaan, perkhidmatan
awam menggalas tanggungjawab yang amat
besar untuk sama-sama berdepan dengan realiti
ini. Kewibawaan perkhidmatan awam perlu
dipertingkatkan
supaya
sealiran
dengan
perkembangan yang sedang pesat berlaku.
Organisasi awam yang lebih dinamik dan
tangkas
dengan
penjawatnya
yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi akan
membolehkan perkhidmatan awam memberikan
sumbangan dan menggerakkan negara ke
hadapan.
Sebagai
agensi
pusat,
Jabatan
Perkhidmatan
Awam
(JPA)
mempunyai
tanggungjawab yang begitu penting dalam
meneraju dan memacu pembangunan sumber
manusia perkhidmatan awam. Namun, hasil
kajian persepsi yang telah dijalankan pada tahun
2012 ke atas keberkesanannya mendapati
bahawa JPA perlu melaksanakan beberapa
perubahan strategik kepada perancangan dan
pengurusan sumber manusia supaya sealiran
dengan keadaan semasa. Antara aspek yang
perlu dikaji semula adalah tahap pemusatan
kuasa, hirarki berlapis, saiz perjawatan,
peraturan lapuk dan keperluan konsultasi serta
engagement
.
Kajian
penandaarasan
telah
turut
dilaksanakan berkaitan amalan pembangunan
sumber manusia oleh beberapa negara
Komanwel dan Amerika Syarikat. Dapatan
daripada kajian tersebut mengesahkan bahawa
JPA perlu merubah hala tuju sedia ada untuk
menjadikannya
Centre of Excellence
dan
peneraju perancangan strategik pembangunan
sumber manusia perkhidmatan awam Malaysia.
P
LATAR BELAKANG