

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
2
Terma
Takrifan
Transformasi
Perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan.
Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan yang
melibatkan jentera pentadbiran di peringkat Persekutuan
dan Negeri.
Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan
Awam
Asas kepada pelaksanaan transformasi agensi
berdasarkan kerangka yang telah dibangunkan oleh JPA
sebagai panduan.
Teras Strategik
Asas kepada perancangan pelaksanaan transformasi
perkhidmatan awam yang diterjemahkan berdasarkan visi
dan hala tuju organisasi yang berperanan untuk
mengemudi pelan transformasi bagi mencapai matlamat
yang ditetapkan.
Langkah Strategik
Keutamaan strategik yang merupakan perincian kepada
teras strategik yang perlu disesuaikan dengan hala tuju,
visi, misi, nilai dan strategi korporat agensi masing-masing
dalam usaha menjayakan transformasi perkhidmatan
awam.
Quick Wins
Inisiatif jangka pendek untuk memulakan langkah
pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam bagi
mencapai keberhasilan dalam tempoh masa terdekat.
Inisiatif
Aktiviti atau projek yang dirancang untuk dilaksanakan bagi
mengatasi masalah jurang prestasi agensi (perbezaan
hasil sebenar berbanding dengan sasaran) dalam
meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Petunjuk Prestasi Utama
(KPI)
Nilai yang boleh diukur bagi menunjukkan keberhasilan
nyata inisiatif yang dilaksanakan dalam merealisasikan
transformasi perkhidmatan awam.
PANDUAN ISTILAH KAMUS TRANSFORMASI