Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  30 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 30 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

29

Transformasi

perkhidmatan

awam

bukanlah

perkara

yang

mudah

untuk

dilaksanakan. Namun begitu, ia bukanlah

sesuatu yang mustahil sepertimana yang

ditunjukkan dalam kajian oleh pihak perunding

McKinsey yang melibatkan agensi pusat di

Amerika Syarikat. Walaupun menghadapi

cabaran yang besar, organisasi sektor awam

yang melalui proses transformasi akan mampu

memberi kesan yang nyata ke atas usaha

penambahbaikan keberhasilan penyampaian

perkhidmatan.

Untuk menghasilkan kesan transformasi

yang nyata, fokus perlu diberikan kepada inisiatif

yang mempunyai impak yang signifikan dan

bukan sekadar inisiatif biasa yang terdapat

dalam sasaran kerja tahunan. Dalam merancang

sesuatu inisiatif, setiap agensi harus melihat

secara lingkungan yang lebih besar (bigger

horizon

). Perancangan inisiatif hendaklah

menitikberatkan tindakan sebenar yang tertumpu

kepada keberhasilan dan bukan hanya sekadar

olahan idea (

conceptual

) sahaja. Inisiatif

tersebut hendaklah dijadikan sebahagian

daripada kerja seharian. Jangka masa perlu

ditetapkan untuk melihat impak perubahan

yang

dilaksanakan. Sehubungan itu, carta perbatuan

bagi setiap projek yang dirancang hendaklah

disediakan

bagi

tujuan

pemantauan.

Pemantauan memainkan peranan utama untuk

memastikan setiap tindakan yang diambil

dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

Namun begitu, inisiatif-inisiatif lain wajar

diteruskan pelaksanaannya untuk memastikan

agensi berfungsi dengan lancar.

PERANTAIAN KE HADAPAN