Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  31 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 31 / 32 Next Page
Page Background

MANUAL PENYEDIAAN PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

30

Kejayaan

transformasi

perkhidmatan

awam bergantung kepada kerjasama pelbagai

pihak. Dalam hubungan ini, bekerja secara silo

hendaklah dikurangkan. Untuk mendapatkan

kerjasama, kefahaman di pelbagai peringkat

perlu dipertingkatkan. Kefahaman mengenai

prinsip dan matlamat transformasi perkhidmatan

awam mewujudkan rasa sepunya dalam

merealisasikan hasrat transformasi. Rasa

sepunya penting bagi memastikan pelaksanaan

transformasi berjalan lancar.

Setiap organisasi sektor awam perlu

melihat menerusi perspektif pelanggan bagi

memberikan perkhidmatan yang terbaik. Oleh

itu, sesi

engagement

amatlah penting dan ia

perlu bermula dengan warga organisasi, diikuti

dengan

pelanggan

dan

pihak

yang

berkepentingan.

Program

turun

padang

dipertingkatkan bagi mendapatkan maklum balas

secara terus daripada akar umbi. Sesi

engagement

harus diadakan secara berterusan

dan berkala bagi mendapatkan maklum balas

terhadap

pelaksanaan

transformasi

perkhidmatan awam.

Pelaksanaan transformasi memerlukan

kerjasama setiap warga agensi memandangkan

ia merentas pelbagai bidang tugas. Oleh itu,

warga agensi perlu bekerja sebagai satu

kumpulan dan bukannya secara silo (sifat

kebahagianan). Bagi memastikan tanggungjawab

ini dikongsi bersama, pelaksanaan transformasi

mengikut setiap teras strategik hendaklah

melibatkan kesemua bahagian yang terdapat di

agensi.

Menyedari

akan

hakikat

bahawa

penerimaan warga agensi merupakan elemen

utama untuk kejayaan transformasi, setiap

agensi perlu menekankan pentingnya aspek

pengurusan perubahan (

change management

)

bagi memastikan setiap penjawat awam

memahami dan menghayati tujuan dan manfaat

transformasi ini.

Di bawah program pengurusan perubahan

transformasi JPA, Program Transformasi Diri

telah dijalankan bagi petugas barisan hadapan

untuk memberi pendedahan, maklumat dan

persediaan minda dalam melalui fasa

transformasi. Di samping itu, ia juga dibuat bagi

membangun tingkah laku, nilai dan sikap baharu

di kalangan warga organisasi.

Selaras dengan hakikat bahawa kumpulan

barisan hadapan organisasi adalah imej dan

penggerak kepada sesebuah organisasi,

kumpulan ini perlu diberi pendedahan, maklumat

dan kemahiran yang relevan. Justeru, program

transformasi diri ini dilaksanakan untuk

merangsang

pembangunan

kendiri

dan

meningkatkan komitmen mereka. Program ini

telah dapat memberikan pendedahan dan

kefahaman dalam melakukan transformasi diri

serta meningkatkan kesedaran berkenaan

peranan dan tanggungjawab mereka dalam

menyokong dan memberi komitmen kepada

proses transformasi JPA.

Program

Apprentice Transformer

pula

telah dijalankan untuk memberi maklumat,

kemahiran serta menyediakan minda yang betul

kepada duta transformasi dalam usaha

menggerakkan program transformasi JPA. Duta

transformasi

yang

dilantik

memerlukan

kemahiran pengurusan kendiri, kemahiran dan

pengetahuan serta tahap keyakinan dalam

mempromosi

dan

menyokong

proses

transformasi organisasi. Program ini dapat

meningkatkan keyakinan, memberi pendedahan

dan kemahiran serta maklumat berhubung