

Sedarkah kita bahawa sebagai Pentadbir Perkhidmatan Awam, kita
diamanahkan dan diberikan peranan untuk taat setia kepada Raja, Kerajaan
dan pemimpin. Dalam masa yang sama hendaklah kita bertindak adil dan
saksama membantu masyarakat.
Kita sedia maklum bahawa kedudukan negara kita dalam
Corruption
Perception Index
berada di tangga ke: 62 daripada 180 buah negara
dengan skor 47 per 100. Berada di tangga ke-3 di kalangan negara ASEAN.
Kedudukan ini dipertikaikan oleh Ketua Pengarah SPRM kerana pelbagai
usaha telah dilakukan akan tetapi penilaian tersebut tidak menggambarkan
tindakan agresif yang diambil.
Persoalan menangani rasuah semakin penting dalam hasrat Malaysia ingin
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dan 2050. Tanpa
Perkhidmatan Awam yang berintegriti, hasrat ini sukar untuk dicapai. Maka
itu, seperti agensi-agensi awam lain, JPA turut mengambil langkah yang
sama berikrar dan komited untuk memerangi amalan rasuah dan salah
guna kuasa.
Diharapkan program ini akan memberi mesej kepada masyarakat bahawa
Perkhidmatan Awam memandang serius isu-isu berkaitan penyalahgunaan
kuasa, amalan rasuah dan tidak akan melindungi anggotanya yang terlibat
dalam perlakuan tidak berintegriti.
Perkara ini selaras dengan hasrat Tekad Integriti yang menggariskan 6 nilai
teras yang perlu dihayati iaitu Jujur, Ikhlas, Bijaksana, Adil, Telus dan Syukur.
6 nilai ini pula bukan sekadar menjadi sebutan malah boleh diukur
kefahaman, penghayatan dan pelaksanaannya di setiap organisasi
menggunakan Sistem Pengurusan Audit Nilai.
Kesimpulannya, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan
penghargaan kepada pihak SPRM kerana sudi bersama-sama JPA
menjayakan program IBR ini. Saya difahamkan program IBR hari ini
merupakan julung-julung kali diadakan di Menara SPRM.
Harapan saya agar IBR JPA ini akan dapat dihayati oleh segenap warga
JPA. Moga sumbangan kecil ini memberikan impak besar kepada
Perkhidmatan Awam secara keseluruhannya.
83