

Bagi memperkasa elemen penting dalam perkhidmatan awam ianya
berpaksikan kepada sumber manusia itu sendiri. Kalau dipegang kepada
saranan YAB Perdana Menteri bahawasanya menggapai TN50 ada enam (6)
falsafah yang menjadi GARIS BESAR HALUAN yang perlu dipegang agar
sasaran itu dapat direalisasikan.
Pertamanya ialah Kerangka Manhaj Maqasid Syariah yang memegang
prinsip Wasatiyyah atau
moderation
. Tiga (3) perkara utama yang diberikan
tumpuan iaitu Dha-ru-riyat yakni berkaitan dengan keperluan asas, Ha-ji-yat
berkaitan dengan kehendak dan keperluan umum dan Tah-si-niyat iaitu
keperluan seperti penghias, pencantik, dan bersifat pengindahan dalam
kesempurnaan hidup. Kedua, ialah pemerkasaan sistem penyampaian
(diulangi oleh YAB PM) yang diyakini oleh rakyat. Ketiga, ialah penekanan
kepada prinsip Wala’ dan kesetiaan yang memberikan kepada kepatuhan
kepada seorang pemimpin. Keempat, mengamalkan budaya kerja
melangkaui kebiasaan, mempunyai produktiviti tinggi,
multi-tasking,
multi-skilling
dan
multi-talented.
Kelima ialah cabaran revolusi industri
keempat dan ekonomi digital di mana sudah perlu penjawat awam
bersiapsiaga kerana kesannya yang bersifat
distruptive
serta
breakthrough
yang membawa impak besar. Keenam ialah
par execellence
duniawi dan
ukhrawi yang akan mengimbangi corak pembangunan di masa hadapan.
Biarpun kerangka yang disediakan itu lengkap dan bersifat inklusif namun
perkara asas yang perlu dilihat ialah sejauh mana Penjawat Awam bersedia
untuk menggalas amanah yang sangat berat ini.
Saya memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak dalam ucapannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam
Ketiga Belas (MAPPA XIII) ada menyatakan bahawa setiap penjawat awam
ialah agen transformasi paling hadapan dalam perantaraan di antara rakyat
dan kerajaan. Perkhidmatan awam yang bertunjangkan dan berpaksikan
rakyat diikat hubungan dengan tersemainya kebolehpercayaan dalam
memberikan khidmat paling murni tanpa mengira tempat, masa dan
rupa”.
Oleh itu, penjawat awam perlu mendasari jati diri dan membentuk peribadi
yang bertepatan dan bersesuaian dengan etika dan nilai murni supaya
CINTA KEPADA NEGARA DIUTAMAKAN
(patriotisme)
. Kesetiaan perlu
78