

diperkukuhkan melalui pembelajaran yang berterusan. Jika perlu LIMA (5)
prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada
Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan dihayati
sepenuhnya bagi membuktikan keunggulan jati diri.
Jika kita berupaya memperkukuhkan jati diri, maka pastinya apa jua
cabaran yang mendatang boleh dihadapi dengan penuh kesungguhan.
Kita akan berupaya untuk menangani
devolution of power, the emerging
skills, the artificial intteligent, the new normal
dan berbagai-bagai lagi
yang akan menggugat dan menguji daya tahan serta kebolehan kita. Maka
itu, kepentingan untuk menjaga apa jua rahsia kerajaan perlulah dilakukan
baik seperti mana terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
Di satu sudut yang lain, Penjawat awam bahawa walaupun dijamin
kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik, tetapi
tidaklah boleh menyalah gunakan kebebasan yang dimaksudkan seperti
mencetuskan rasa perkauman atau menggugat sistem demokrasi. Sebagai
penjawat awam, dalam apa jua keadaan sekali pun kepentingan negara
hendaklah diutamakan supaya kestabilan dan keselamatan negara tidak
terancam.
Memperbaharui azam dan tekad untuk lebih produktif maka hendaklah
Penjawat Awam hendaklah sentiasa menyokong dan melaksanakan dasar
kerajaan kerana ianya membawa faedah kepada komuniti dan rakyat.
Janganlah kita menjadi DURI DALAM DAGING yang sentiasa mengkritik
seolah-olah apa yang dilakukan oleh Kerajaan itu tidak betul.
Jadilah orang yang produktif, membina dan berkata benar yang menjaga
lisannya seperti mana sabda Rasullulah SAW yang bermaksud ”Seorang
mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka
berperilaku keji dan suka berkata kasar” (diriwayatkan Hadis oleh Ahmad,
Al-Bukhary dalam Al-Adab Al-Mufrad, Al-Tirmidzy dan Al-Hakim. Disahih
oleh Syaikh Al-Abany dan Syaikh Muqbil).
Justeru saya berdoa supaya penjawat awam agar meneruskan budaya
kecemerlangan sebagai legasi untuk diwariskan kepada generasi masa
depan. Bak kata pujangga:
79